Zus Tea Fresh Brew Giveaway

Lupa dah bila promo gores dan menang Zus menang sebuah rumah dan hadiah lain-lain ni bermula. Setakat post ni ditulis Cie baru 2 kali beli.



Promo ni kena beli Zus Tea jadinya tak suka sangat la. 2 kali beli pun adik Rania yang minum. White peach oolong milk tea ni sedap la jugak tu yang adik Rania 2 kali repeat order. 

Kiranya dah 2 kali la dapat voucher. Rezeki dapat voucher yang biasa je. Takde rezeki nak dapat macam orang lain meriah hadiah tumbler, voucher RM9.90 dah macam-macam lagi. 



Kali pertama dapat voucher free add on velvet creme RM2 jela. Dah selamat redeem Ahad baru ni Cie order iced shaken double espresso add on velvet creme guna voucher tu. 



Kali kedua pulak dapat voucher 10% offer je. Tak guna lagi yang ni. Nanti la bebila boleh guna sebelum expired. 


Kat apps Zus ni kalau guna voucher, cup count tak dikira. Cup count ni nak kekalkan rank setiap bulan tu. Ada masa kena collect 8 cup untuk kekalkan rank super addict dalam masa 3 bulan. Bila guna voucher cup count tidak akan dikira. 

Pengguna tegar Zus tau la benda ni. Cie dulu pun taktau kalau guna voucher cup count tak dikira.


Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Ada promo buy1 free 1 kannn.. adeiii dia promo ZUS pulak daaa...

    BalasPadam
  2. Dulu gores Dan menang tu seronok tapi tu lah dapat biasa je

    BalasPadam
  3. Eh, sama pula topik kita. Akak pun ada cerita pasal promosi teh Zus ni kat entri baru. Ok ler tu, jadilah, boleh dapat less bila redeem voucher.

    BalasPadam
  4. aritu bff beli juga yg tea zus ni ..die update juga psl giveaway ni...tgk cup tu ala2 chagee gitu

    BalasPadam
  5. Teh dia sedap juga...Linda tak beli pun yang kali ni punya..takde pula rasa mengundang.. jadi, biar jelah

    BalasPadam
  6. Ada minum masa adik beria-ia beli tahun lepas ke sebelum itu.

    BalasPadam
  7. kereta e.mas tu dh ada winner nama zarif, then sbb ter umum awal sblm due date, so zuss kata ada satu lg winner utk kereta..hahah damage control gitu!! sbb ramai customer zuss marah kenapa announce sblm closing date

    BalasPadam
  8. peach oolong tea ni kalau xde perkataan milk tu memang sy beli dah..Kitonyo tok minum milk tea =D

    BalasPadam
  9. Sha kurang minat teh.. Kalau tak memang cuba dah.. Tapi hadiah dia tu menarik..

    BalasPadam
  10. zus tea gores ni saya belum berkesempatan lagi beli

    BalasPadam
  11. Tp di sinipun sama. Jika guna voucher , biasanya memang poin tak akan dpt. Saya sering begitu jika pakai aplikasi travel.

    BalasPadam
  12. maksudnya 8 cup tu, 8 kali permbelian dalam tempoh sebulan? wowww

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada mention dalam posting tu dalam masa 3 bulan 😁

      Padam
  13. Takpe, boleh try lagi, Cie. Semoga ada rezeki Cie dapat hadiah yang lebih lumayan.

    BalasPadam
  14. ammi pengguna zus apps tapi taktau pun pasal cup count bagai tu. nampak tak sejenis tak mengambil tau hal disekeliling. ishhhh teruk betul perangai

    BalasPadam
  15. Ramai tak perasan bab guna voucher tak kira cup count ni. Bila nak kekal rank Super Addict baru perasan cup tak bertambah. Bagus jugak Cie kongsikan info ni untuk pengguna tegar Zus

    BalasPadam
  16. ZUS Coffee memang tak pernah mengecewakan bab servis dan kualiti minuman depa.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.