Banyak Persinggahan Sebelum Balik Kampung

Setiap kali nak berkumpul adik beradik memang excited tu lain macam. Dalam pukul 2 petang macam tu dah keluar rumah. Banyak persinggahan ni sebelum balik kampung. Kampung dekat je 30 minit. 

Tetap la guna perkataan balik kampung walaupun dekat sebab memang kampung pun kan. Hihi. Walaupun balik 1 malam je, penuh kereta ye dengan macam-macam barang bawak balik kampung. 



Cie bawak balik bantal, cadar, selimut senang nak guna. Tak payah pakai yang kat kampung. Balik ramai-ramai ni memang kena banyak bantal, selimut segala la. 

Faiz nak Zus, order la untuk dia Iced Spanish Latte guna voucher 10% diskaun dan guna tumbler dapat diskaun 10% juga. Cie tak order sebabnya lepas beli barang dapur dah beli air nyor laut. Macam coconut shake tu jugak tapi ni versi kelapa laut. 



Sebaris dengan Zus tu ada Ninso dan Happy Home. Takde barang yang dicari kat Ninso, terus masuk Happy Home pulak nak beli pisau jenama Kiwi. Suka pakai pisau tu tajam. Beli untuk Kak Long. 

Mulanya nak ke Ai-Cha tapi tak jadi sebabnya baru buka Ai-Cha penuh la orang. Masuk lepas tu keluar semula. Malas nak menunggu mesti lambat. Terus la ke kedai Eco pulak seberang jalan je. 


Beli chopping board, pot holder, selipar. Nak bawak balik kampung senang nak guna.

Akhir sekali tadi singgah Secret Recipe dan Tealive. Secret Recipe tu Cie beli kek untuk hantaran anak buah Cie yang nak betunang tu. Tealive beli air untuk 2 beradik. 




Dah gerak tadi singgah juga beli kuih muih minum petang. Keropok, pisang goreng, keledek goreng, satar.

Sampai kampung terus kemas barang apa semua. Terus ke dapur tolong Kak Long prepare menu dinner untuk bacaan doa selamat dan tahlil sebelah malam. Berkumpul dinner sama-sama.


Adik beradik Cie 8 orang. Tak semua ada. Yang takde abang nombor 3 di Terengganu dan kakak nombor 4 di Penang yang tak dapat balik. Alhamdulillah dapat berkumpul 6 keluarga walaupun tak semua ada. Ada yang belajar tak balik, ada yang kerja tak dapat balik. Gitu la kan memasing dah ada komitmen. 


Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Perghhh..Mmg byk pit stop ni =)

    BalasPadam
  2. Macam² bekalannya walau kampung 30 mins.... agak² kalau 3 jam laaagiiiiii lah macam²😆
    Senang juga bila bawa toto dan bantal sendiri.
    Semoga majlis berjalan lancar.

    BalasPadam
  3. Envy nya sayaaaa, kampung kakak dekat, bisa balik sering2 😍😍. Kalau kampung jauuuh tuh, memang susah nak sering balik. Beda pulau pula. Tiket flight domestic macam tak ingat turun 😅.

    Bagus juga kalau bawa bantal, selimut dan sepre sendiri. Jadi bisa pakai masing2, kuatir di rumah tak cukup kalau ramai kan.

    BalasPadam
  4. Mesti meriah wpun tak cukup korum.
    Macam² dibeli tu, penuh kereta hehe...
    Jenama kiwi ni reliable kan. Berkualiti jugalah orang kata

    BalasPadam
  5. Dekat je kampung Cie. Biasalah kalau dah berkumpul ramai-ramai banyak barangnya. Bukan hanya pakaian je nak dibawa kan. Banyak betul tempat persinggahan Cie. Nasib baik kampung tak jauh. hihi...
    Sampai-sampai je terus masak ek.

    BalasPadam
  6. Memang mudah klu bwk toto, bantal selimut sendiri.. bila dah ramai² balik memang selalu tak cukup. Macam kami kalau tak muat drive 2 kereta.. hehe

    BalasPadam
  7. Seronoknya balik kampung dapat berkumpul ramai-ramai! Lengkap bawa bantal selimut, siap minum Iced Spanish Latte Zus Coffee lagi!

    BalasPadam
  8. Seronok adik beradik ramai dan setiap keluarga dah ramai ahlinya.....bawa sekali bantal bagai tu memang bijak la Cie.

    BalasPadam
  9. Tuuu dia! Kena beli pick up ni lepas ni...

    BalasPadam
  10. Meriah... suka kita ..!! Kita ni dah xde kampung... kalau ada pun lepak rumah makcik je la.. fefeling nya tu lain la kan kalau blk rumah sndri.. semoga famili cie sihat² semua nya ye

    BalasPadam
  11. kalau balik kampung mesti kena pitstop beli makanan dulu. walaupun jarak kampungnya dekat je, hihi

    BalasPadam
  12. kita singgah2 la dulu.. nak bagi rasa perjalanan pulang ke kampung tu jauh.. hihihi

    BalasPadam
  13. ooo cie 8 beradik rupanya! dpt kumpul 6 beradik pun meriah sgt dh tu! MZ 7 beradik tp 1 dah meninggal so tinggal 6 jer sekarang..pyh sgt nak berkumpul..even time raya sbb adik2 lelaki MZ ikut giliran beraya rumah mertua so jd tak cukup 6 jugak

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.