Cabaran Langkah Sihat Itu Saya Tamat

Alhamdulillah tamat sudah Cabaran Langkah Sihat Itu Saya antara Jabatan Kesihatan. Cabaran ni bermula pada 27 April hingga 25 Julai 2026.


90 hari tanpa gagal Cie cuba capai lebih 10k sehari. Ada hari yang banyak sampai belas-belas ribu, ada masa 10k lebih sikit je. 90 points Cie capai sepanjang tempoh cabaran dan menyumbang markah kepada kumpulan. 



Yela kan cabaran ni berkumpulan. Ada yang awal-awal dah kecundang, ada yang hanyut, macam-macam la. Hari terakhir baru la ketua pasukan remind team untuk cukupkan point bagi mencapai silver medal. Kalau semua perform dari awal boleh dapat gold. Tapi takde rezeki. Hanya berjaya capai 904 points sahaja mata kumpulan. 

Medal Silver


Tak sangka juga disebabkan ada yang tak cukup 10k steps setiap hari menyebabkan Cie berjaya dapat tempat pertama. 1st place dalam group Cie. 


Mula joint dulu Cie selalu risau takut tercicir ke belakang. Tu yang Cie try jugak untuk capai 10k steps setiap hari tanpa gagal. Pada awalnya mereka semua bersemangat setiap hari. Capai 20-30 steps setiap hari. Seram jugak tengok. 

Awal-awal jela bulan pertama tu semua semangat. Masuk bulan kedua dah mula slowly menghilang semangat mereka hingga la hari terakhir. Kalau semua dalam group tu berjaya capai 10k steps setiap hari memang semua akan capai 90 points. Yang membezakan tempat hanyalah average steps. 

Capai 1800 points baru dapat gold. Tapi apekan daya rezeki dapat silver saja. Tu pun dah ok la. Cie pun nak kumpul sumbangan je untuk masuk dalam HRMIS. Banyak dah sijil virtual run Cie dalam Bookdoc tu. 


Habis je cabaran ni, bersambung dengan cabaran kumpulan lain pulak. Nanti Cie share pulak yang tu. 



Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Best jugak buat macam ni. Kita jadi bersemangat sebab nak capai target. ☺️

    BalasPadam
  2. Tahniah cie dah tamat cabaran langkah sihat....keep it up...

    BalasPadam
  3. wahhhh tahniah2!
    lps ni pasti bersemangat nak sihat dan briswalk setiap hari
    chaiyok2!

    BalasPadam
  4. Bagus ada cabaran macam ni, jadi semangat nak mengamalkan gaya hidup cergas setiap hari 👏🏻👏🏻

    BalasPadam
  5. wahhhh tahniah Cie..kuat semangat ni..

    BalasPadam
  6. kalau dikira step yg cikgu mcm abe kie naik turun tangga kat sekolah ni agaknya dah dpt level Platinum kot?

    BalasPadam
  7. Tahniahhh bagusnya buat camni
    Bersemangat dan bg inspirasi jga ni
    Buat kita
    He heee r

    BalasPadam
  8. congrats cie! bagus betul aktiviti gini..teringin nak join

    BalasPadam
  9. Banyak company buat challenge macam ni. Bagus sambil tu boleh amalkan gaya hidup yang sihat. Tahniah Cie. Teruskan bersemangat.

    BalasPadam
  10. Tahniah cie. Group akak cuma sampai gangsa ja sebab banyak yang ke laut dalam. Geng rekod OK lah tapi sebab ahli lain dlm group yg kadang on kdg tengelam effect lah jumlahvsteps dlm group

    BalasPadam
  11. Tahniah atas kejayaan Cie, walau silver je tetap dapat tempat. Teruskan usaha yang lain nanti

    BalasPadam
  12. Tahniah utk Cie & team.
    Lepas ni boleh sambung 10k steps tu kan, utk diri sendiri.

    BalasPadam
  13. Seandainya di sini ada cabaran seperti ini, memang saya akan semangat laah. Apalagi dapat virtual medal. Macam bangga juga kan. Kalau ada challenge nya, pasti buat termotivasi

    BalasPadam
  14. Tahniah konsisten 10k langkah sehari! Memang inspirasi gaya hidup sihat. Moga kekal aktif dan fit sentiasa!

    BalasPadam
  15. takde pula cabaran kumpulan yang lain...
    tahniah, group linda mula bulan 6.. so, lambat sikit.. tu pun ada yang sekadar dalam group je.. dapatlah gangsa..Alhamdulillah

    BalasPadam
  16. Tahniahh Ciee 🥳 Bestnyaaa dapat kumpul sijil banyak.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.