Sambal Penyet & Sambal Ikan Masin Kak Zaidah

Masa lawatan ke Kak Zaidah Food hari tu Cie ada beli sebotol sambal penyet ikan bilis dan sambal ikan masin. Cie dah pun rasa kedua-dua sambal tu. 


Cie suka sambal ikan masin tu. Anak-anak Cie pun suka sambal tu. Makan dengan nasi kosong je memang sedap, regu dengan telur dadar. Tak payah lauk ayam ikan dah. 


Sambal penyet ikan bilis tu bagi tekak Cie tak berapa kena. Dah jadi macam sambal bilis jela. Rasa ikan bilis tu dah potong rasa sambal penyet. Cie lebih suka takde ikan bilis. 


Kedua-dua sambal ni mengandungi minyak yang banyak. Kena ceduk la minyak tu baru dapat rasa sambal. Minyak tu boleh la guna buat masak nasi goreng sedap juga kot. Mungkin tu cara untuk masak sambal tu lama dan bagi tahan lama kot. 



Mudah la ada stok sambal macam ni. Bila-bila takde idea nak masak apa tu boleh la goreng je telur dadar dan makan dengan sambal tu. 

Sebotol sambal tu harganya RM18. 


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. sambal penyet bilis tu...MZ tunggu nak try yg KA punya..esok launching tu

    BalasPadam
  2. betul juga kata cie, ada stok sambal begini mudah sikit. takda idea nak masak boleh lawankan dengan telur pun dah ngam

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.