Segmen Top Komentator Bulanan di blog ini diteruskan lagi untuk bulan Julai 2026. Tak sangka dah setahun segmen ini berjalan sejak Ogos 2025 sebagai tanda penghargaan kepada rakan blogger yang rajin tinggalkan komen dan aktif berinteraksi setiap bulan.
Antara pemenang-pemenang sejak Ogos 2025:
Ogos 2025: Fanny & Nina
Sept 2025: Mama Zharfan
Okt 2025: Etuza
Nov 2025: Suria Amanda
Dis 2025: Cuya
Jan 2026: Cuya
Feb 2026: SiiNurul
Mac 2026: Cuya
April 2026: Fanny
Mei 2026: Mama Zharfan
Jun 2026: Rawiwa
Seperti biasa, pemenang dipilih berdasarkan rekod dalam widget Top Komentator, yang Cie screenshot pada hari terakhir bulan antara jam 8:00 malam – 11:59 malam. Masuk sahaja jam 12:00 tengah malam, widget tersebut akan auto-reset ke bulan baharu. Untuk bulan ni Cie screenshot pada pukul 9.11 malam.
Pemenang Top Komentator Julai 2026
Dengan penuh penghargaan, pemenang bagi bulan Julai 2026 ialah:
Blog: NA
Tahniah kerana menjadi Top Komentator Julai 2026. NA boleh whatsapp Cie (klik) details postage:
Nama:
Alamat:
No. Telefon:
Top Komentator Bulan Akan Datang
Nak jadi pemenang bulan akan datang? Teruskan aktif memberikan komen di setiap posting Cie. Cie nak mencari pemenang baru yang belum pernah menang apa-apa dari blog Cie.
Semua komen anda akan direkodkan secara automatik dalam widget Top Komentator. Lagi aktif, lagi tinggi peluang untuk naik ke tempat pertama.
Jadi, kalau anda belum pernah menang mungkin bulan depan rezeki anda pula.
Terima Kasih Atas Sokongan Anda
Terima kasih kepada semua pembaca dan rakan blogger yang terus menyokong blog ini sejak dulu. Setiap komen kalian sangat bermakna.
Nantikan pengumuman Top Komentator Bulan Ogos 2026 pula selepas ini!


5 Ulasan
Tahniah kepada blogger NA, teruskan aktiviti sihat ni dari blogger untuk blogger.
BalasPadamtahniah top komentar
BalasPadamTahniah buat blogger NA.
BalasPadamcongrats to the winner!
BalasPadamTahniah kpd NA. Memang dia bertuah sokmo. Selalu dpt hadiah! Keep it up!
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.