AEON Alpha Angle: 29 Ogos 2026

Sejak dari zaman bujang kalau ke KL suka betul singgah AEON Alpha Angle Wangsa Maju ni. Dari zaman JUSCO dulu lagi dah. Masa Cie kerja di Genting Highlands dulu hari cuti turun KL memang menyinggah kat JUSCO Wangsa Maju. 


Sampai la sekarang dah ada anak-anak tetap la menyinggah. Dulu baju kerja, seluar kerja pun beli kat AEON banyak pilihan. Sekarang je dah macam kurang sikit. 

Tujuan ke AEON ni nak membeli underwear brand Scarlet. Dari dulu pakai brand ni sampai la sekarang anak-anak Cie pun pakai brand ni jugak. Sekali bila dah masuk AEON, ambil baju tidur untuk baby cucu sepasang dan mengopi di Kenangan Coffee. 



Sebelum gerak balik makan siap-siap. Semua masih kenyang so Cie ajak mengopi di Kenangan Coffee jela. Klik order tapi lupa tukar dine in. Jenuh la menunggu order siap. Dah siap solat segala masih tak dipanggil lagi. Rupanya memang tak dipanggil. Faiz terus tanya dah lama siap. 

Kami order:
  1. Garlic Mayo Chicken Wrap RM14.50
  2. lce Shaken Passion Fruit Tea RM10.90
  3. 1Drink +1Cream Puff Combo (D Spanish Latte Regular Cold Kenangan + Chocomilk Cream Puff) RM14.80
  4. 1Drink + 1Savoury Meal +Kenangan Latte Regular Cold Kenangan + Black Pepper Chicken Sandwich) RM22.40




Kongsi-kongsi je makan. Nak try menu viral Steak & Cheese Sandwich tapi takde. Faiz suruh order yang chicken tu jela buat ghaso-ghaso. Sedap jugak la. Kenangan Latte Faiz punya, Cie order Spanish Latte bersama all the time favourite cream puff. 

Habiskan makanan dan kami terus gerak singgah Empire Sushi pulak sebelah Kenangan Coffee tu. Adik Rania nak sushi. Beli la serba sedikit sushi dan juga mochi. 





Lepas tu terus gerak balik sempat la merasa jem sekejap kereta bergerak slow. Perjalanan ke Lipis sepatutnya 2jam je, bila jem tambah la sejam lagi tu pun kami takde singgah mana-mana. Singgah di Raub je untuk ke toilet. 





Sampai rumah terus asingkan barangan shopping untuk dicuci dan makan sushi yang dibeli tu. Hampir pukul 1 jugak baru tidur. 


Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Dulu memang suka sangat beli brand scarlet. Sekarang dah bertukar brand lain.
    Ohh tak perasan tak pilih dine in ek, jenuhlah menunggu kan. Kalu nak pickup tu memang dia akan update boleh pickup bila dah siap.
    Black Pepper Chicken Sandwich tu sedap. Suka roti dia yang lembut dan inti banyak. Cream puff dia pun sedap, semua perisa pun sedap kan.
    Saya suka order kenangan latte, memang sedap. Sekarang ada kenangan latte Malaysia. Ramai yang cakap sedap juga.
    Banyak betul kereta berbeza dengan sebelah lagi tu.

    BalasPadam
  2. Lama betul lah kewujudan Aeon Alpha Angle tu.

    BalasPadam
  3. Betul tu.Aeon sini mcm dh x byk choice of baju. Sy baru tahu sini dah ada mini decathlon =D

    BalasPadam
  4. Dah lama nya x minum kenangan coffee.. rajin cie turun KL ye hehe... aeon ni kadang suka gak soping situ sbb byk baju big size cuma nya hehe x suka bila keluar jalan² asyik la terserempak org pakai baju yg sama hehehe

    BalasPadam
  5. Lama betul tak ke Alpha Angle, masih wujud lagi eh. Puluhan tahun dulu ikut pakcik shopping raya di sini. Dia berhabis seribu ringgit untuk tiga anak. Kita ni village people, masa tu rasa kayanya dia hahhahaha...

    BalasPadam
  6. aeon alpha angle ni salah satu fav MZ utk ronda2 beli groceries etc...hari sabtu ari tu pun MZ ada ke sini heheh anyway, boleh geng dgn MZ la bab2 beli underware brand scarlet tu!!! setia sgt dgn brand tu sbb serasi dan harga mampu milik!

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.