Dapat Body Mist Elianto

5 September yang lepas Cie dapat whatsapp ada hantar parcel ke office. Pelik la juga takde order barang pun. Tengok nama dia tulis ACO ROZIAH (ibu cie) terus la dah agak siapa pemberinya. 



Cie pun post di story Instagram dan tag beliau. Beliau tersebut ialah ex bos Cie, Puan Sharifah Norhanafiza. Dah hampir 2 tahun pindah tapi masih keep in touch. Masih suka memberi. 

Cie pun tertanya juga sempena apa entah dia bagi. Bulan 8 hari tu masa birthday dia Cie bagi gift card Zus. Ingatkan sebab tu dia balas. 

Puan Sha DM dia cakap seller tu salah post. Dia order yang lain. Seller mintak return dan akan refund. Lepas tu dia cakap takut susahkan Cie pulak nak pack. Cie cakap suka je bau dia wangi. Dah kena rembat dengan anak-anak je. 


Tiba-tiba Jumaat 11 September masa Cie nak balik kerja petang tu nampak ada parcel sampai. Tengok bungkusan yang sama, baca nama sah Puan Sha kirim. 


Cie post kat story Instagram wish thank you apa semua. Dia repost story Cie wish birthday. Hahhh sudah salah date. Hahaha. Cie cakap salah date ni awal sangat, birthday Cie bulan 11.

Aduhai dia kata salah date pulak. Dia kirim lagi 2 botol ni untuk kakak dan adik. Dia cakap tak payah ambil ibu punya. Haihhh baik betul Puan Sha ni dari dulu lagi even dah bukan jadi bos Cie dah pun. 

Puan Sha ni ada anak lelaki yang dari kecik memang Cie pernah jaga la sekejap waktu Puan Sha kena attend dinner hospital. Masa tu dia PJJ dengan husband dia. Cie yang offer diri nak jagakan. Masa tu tak ingat berapa bulan umur Alfateh. Dalam 4-5 bulan jugak kot umurnya. 

Sekarang ni besar dah 2 tahun rasanya umur Alfateh. Lama tak jumpa selalu tengok kat story Instagram jela. Kitanya takde anak boy, anak orang pun boleh la jadi anak kita. Tu yang Cie bahasakan diri Cie, ibu Cie. 

Rezeki dikelilingi orang baik. Semoga yang baik-baik mengiringi Puan Sha dan family. Sampai sekarang Cie panggil je Puan Sha even dia bahasakan diri dia Sha je. Dah terbiasa panggil puan.


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Alhamdulillah rezeki jumpa orang baik. Adik Dan kakak dah besar ni mesti selalu mengendeng ibu bila beli produk kecantikan.

    BalasPadam
  2. Baiknya Pn Sha ni. Siap pos sorang satu utk adik & kakak lagi. Semoga kekal berukhuwah.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.Rezeki sgt ni Cie. Sy pun pernah beli body mist elianto ni.Mmg wangi... =)

    BalasPadam
  4. rezeki tu dpt gift walaupun dh tk jd bos Cie lg

    BalasPadam
  5. Entah-entah bulan 11 nanti Cie dapat lagi 🤭

    BalasPadam
  6. seronoknya dapat hadiah perfume, boleh pakai lepas ni pergi kerja. semoga ukhuwah cie dengan pn sha kekal sampai bila-bila

    BalasPadam
  7. Ya Allah, baik betul Puan Sha ni. Bukan Cie je dapat, anak-anak pun dapat sekali. Rezeki betul mengenali orang yang baik hati dan pemurah.
    Setuju dengan komen Kak Ujie tu, entah-entah nanti birthday Cie pun dapat lagi.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, baiknya Puan Sha ni. Masih ingat harijadi Cie, walau salah tarikh. Yang penting, niat tu.

    BalasPadam
  9. Rezeki Cie juga jumpa orang baik dan murah pula rezeki ya.

    BalasPadam
  10. rezeki tu dpt boss yg baik2 wpun dh bkn boss sekrg

    BalasPadam
  11. Bagi yang sama juga ya... jadi takyah lah nak berebut²ðŸ˜†

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.