Hari Kedua Kursus Di Temerloh

Berpagian lagi hari ni keluar rumah awal sikit 5.49 pagi, Cie singgah office ambil surat untuk Cie pergi audit kat Jerantut nak bagi kat pegawai Jerantut tu dan ambil cop sekali nak cop borang audit. 


Audit 28 September jadinya malas nak ke office dah ambil cop. Surat pun kalau ikutkan ada je dah bagi softcopy, dah alang-alang ada yang dah fotostat bagi jela.

Cie singgah office dulu tadi baru la ke level 2 cari parking. Office Cie level 1. Sampai kat parking tepat 6 pagi. Terus naik tangga je ke Emergency Department level 3.

Sampai-sampai je belum ada kereta jabatan. Cie tanya MA bertugas kat kaunter triage tu siapa driver hari ni, bila dia sebut je nama terus mendebarkan Cie. Hahaha. Driver ni tak peramah dan muka serius. Pernah dulu sekali naik dengan dia jugak dah 12 tahun yang lepas. Memang senyap jela. 

Takdan lama Cie tanya MA tu dia pun sampai dengan kenderaan jabatan, kereta Innova jugak hari ni. Cie cakap la sorang lagi naik di Jerantut. Dia jawab hermm je dengan muka masam. Adehhh bertabah la Cie ye 2 jam kau kena senyap ni. Hahaha. Tunggu Kak Fizah naik di Jerantut kang la boleh borak. 

Driver hospital ni ada ramai. Biasanya Cie kenal je orang lama semuanya. Ada yang sporting, ada yang peramah, ada yang senyap. Ada yang suka cerita politik, ada yang suka gosip. Begitulah kan setiap orang tak sama. 

Tak borak boleh la fokus mengadap blog je. Kalau yang jenis borak tu kita hadap sekali borak. Boleh je layan. Walaupun jalan serupa roller coaster dah tetap boleh mengadap handphone. 

Ada yang tanya kan kenapa tak stay bermalam di Temerloh. Jawapan Cie lebih selesa ulang alik walaupun 2 jam perjalanan. Sebab kalau bermalam kena naik kenderaan sendiri, kena tidur hotel. Semua ni boleh je claim perjalanan dan tempat tinggal, kerajaan akan bayar. 

Cuma akan menyukarkan Cie kena drive sendiri 2 jam. Bermalam di hotel. Kena drive sendiri ke tempat kursus di Hospital Temerloh tu dah la susah parking. 

Cie lebih selesa begitu. Request kenderaan jabatan, ada driver yang ditugaskan untuk menghantar dan mengambil kita. So kita boleh rehat je kat tempat duduk penumpang. Masuk kursus dalam keadaan tak penat memandu. 

Kalau nak bermalam boleh je driver hantar hari pertama, hari kedua dia akan ambil pulak. Tapi susah la kita nak pergi tempat kursus tu. Melainkan kursus di hotel boleh la bermalam.

Begitulah ye moga terjawab la persoalan kenapa la Cie ni rajin sangat ulang alik kan. Dah biasa perjalanan 2 jam tak terasa lama pun. Boleh la menulis entri blog, blogwalking. Nak tidur memang tak selesa. Jalan dari Lipis ke Jerantut je teruk, jalan Jerantut ke Temerloh ok je. 

Siap menaip ni pun belum sampai di Jerantut lagi. 




Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Selamat berkursus Cie, bwk balik ilmu yg fresh dan boleh tambah baik jabatan nanti, 👌

    BalasPadam
  2. Kalau dulu kena outstation, lagi selesa naik kenderaan pejabat. Kita boleh zzz dalam kenderaan dan orang bawakkan. Hehe

    BalasPadam
  3. Setuju sangat dengan Cie! Kalau naik kenderaan jabatan ni, selesa sikit sebab tak penat nak memandu sendiri 2 jam dan tak pusing kepala cari parking kat tempat kursus. Boleh rehat & menuliss je kat tempat penumpang

    BalasPadam
  4. dlu outstation ada juga disediakan kete company..kdg2 request driver tp bila ada yg tk available, mmg staff sendiri kena drive kete company...tp slalunya naik flight la..bole kira sgt la outstation guna kete company

    BalasPadam
  5. Dua jam dengan driver serius memang panjang rasanya. Tapi pilihan ulang-alik dengan kenderaan jabatan tu bijak juga, tak penat memandu dan tak perlu pening cari parking.

    BalasPadam
  6. Betul la cie
    Penat tu 2 jam memandu pastu nk berkursus
    Mesti tambah mengantuk nanti

    BalasPadam
  7. untunglah ada kereta jabatan siap dgn driver sekali. mcm cikgu ni kena drive sendiri. kalau ada kwn2 yg sporting boleh carpool. alangkah bagusnya kalau kami cikgu gi kursus mana2 ada bas yg disediakan.

    BalasPadam
  8. Awal tu...5.49am biasanya sy tgh prepare roti telur utk bekal Ammar ke sekolah =D

    BalasPadam
  9. Kalau saya tidak suka berborak. Hehe ingatkan boleh tidur dalam kereta.

    BalasPadam
  10. Tapi kalau travel ke negeri lain boleh je naik flight. Ada peruntukan untuk itu. Kalau tak naik dengan kenderaan pejabat, naik flight.

    BalasPadam
  11. Oh tukar-tukar driver ye. Akk ingat driver yg sama. Bila dihantar dijemput ni, takdelah penat nak drive lepas kursus tu kan. Apapun terpulang pada keselesaan masing-masing.

    BalasPadam
  12. Kalau saya, saya prefer driver yg senyap je 😂 sbb saya sejenis introvert bila jumpa depan2 melainkan jumpa org yg satu kepala dan dah lama kenal baru rajin sikit melayan berborak.

    Bagus ye Cie boleh lagi update blog dalam kereta. Saya tak dapat, nanti pening lalat dibuatnya lagi2 la bila jalan tu kejap2 kona. Paling2 pun saya main game tu pun bila jalan straight je dan skjap2 je tgk skrin hp.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.