Dah alang-alang ke Baker's Cottage beli terus la ayam. Tak payah masak dah lunch. Faiz pun takde hari ni dia kerja ada program bersama JAKOA sampai petang. So kami lunch 3 beranak jela.
11am Cie ajak anak-anak keluar. Pakai tudung sarung jela malas nak bersiap, pakai tracksuit dan long sleeve je.
Masuk ke Baker's Cottage, anak-anak terus ambil cheese jumbo chicken frankfurter dan chocolate danish. Memang favourite 2 beradik tu la. Balik rumah tak sempat snap gambar, dah habis dimakan.
Pilih cake pulak, Cie beli juga yang promo 2pcs RM12.99. Cie ambil yang coklat dan tiramisu. Yang kakak Raisha 1 slice takde promo RM7.99.
Roasted chicken pulak Cie beli yang blackpepper takde promo so harga RM17.92. Dapat sos cili bawang putih 3 sachets.
Lepas beli terus gerak balik. Cie buat coleslaw dan instant mashed potato. Siap semua kami terus lunch je.
Cie makan dengan kewpie roasted sesame campur dengan sos cili bawang putih, boleh la rasanya tu ok je. Sos cili bawang putih Baker's Cottage ni tak berapa sedap sangat. Ada masa Cie guna untuk masak apa-apa campur dengan sos cili biasa jugak.
Tembikai pun ada sebagai pencuci mulut makan dengan asamboi.
Alhamdulillah dah kekenyangan makan, mata pun bagai nak pejam dah bila kenyang.









11 Ulasan
Selamat beradu Cie😆
BalasPadamAkak pun baru habis makan.. buat ayam bakar AF je hari ni.
Lama tak beli ayam panggang cottage bakers tu. Selalu beli kek dgn tart telur.
BalasPadamSedapnya ayam
BalasPadamUncle suka BC ni... Sebab harganya berpatutan
BalasPadamBC ni dulu suka beli roti yang dalam tu ada cream tapi sekarang dah tak ada pula.
BalasPadamSimple tapi kenyang, mudah kerja kita kan dgn adanya ayam BC ni.
BalasPadamMZ mcm tak pernah beli ayam BC ni wpun tahu famous :) dulu2 kerap beli ayam percik ayamas tu..tp now dh tak beli sbb dh tutup outletnya kat sri gombak dan dlm giant bt caves (giant pun dh jd tf value mart sekrg ni)
BalasPadamAyam BC ini memang laku keras ye. Di Shah Alam ni sejak Ayamas tutup, memang semakin ramai yang beli ayam BC lagi-lagi masa Ramadhan
BalasPadamLama xmakan ayam Baker's cottage
BalasPadamAyam bakers ni sedapp jga kan
BalasPadamBoss ciknur selalu beli utk staff time bulan puasa
Ayam BC ni memang sedap
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.