Lunch 13 September 2026: Menu Bakers Cottage

Malam tadi dah celebrate birthday kakak Raisha menu western. Nanti la yang tu Cie share entri lain untuk schedule post. Semalam tak beli kek, so hari ni beli la kek. Kakak Raisha request nak red velvet  Baker's Cottage je. 


Dah alang-alang ke Baker's Cottage beli terus la ayam. Tak payah masak dah lunch. Faiz pun takde hari ni dia kerja ada program bersama JAKOA sampai petang. So kami lunch 3 beranak jela. 


11am Cie ajak anak-anak keluar. Pakai tudung sarung jela malas nak bersiap, pakai tracksuit dan long sleeve je.

Masuk ke Baker's Cottage, anak-anak terus ambil cheese jumbo chicken frankfurter dan chocolate danish. Memang favourite 2 beradik tu la. Balik rumah tak sempat snap gambar, dah habis dimakan. 

Pilih cake pulak, Cie beli juga yang promo 2pcs RM12.99. Cie ambil yang coklat dan tiramisu. Yang kakak Raisha 1 slice takde promo RM7.99.


Roasted chicken pulak Cie beli yang blackpepper takde promo so harga RM17.92. Dapat sos cili bawang putih 3 sachets. 


Lepas beli terus gerak balik. Cie buat coleslaw dan instant mashed potato. Siap semua kami terus lunch je. 



Cie makan dengan kewpie roasted sesame campur dengan sos cili bawang putih, boleh la rasanya tu ok je. Sos cili bawang putih Baker's Cottage ni tak berapa sedap sangat. Ada masa Cie guna untuk masak apa-apa campur dengan sos cili biasa jugak. 


Tembikai pun ada sebagai pencuci mulut makan dengan asamboi. 


Alhamdulillah dah kekenyangan makan, mata pun bagai nak pejam dah bila kenyang. 


Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Selamat beradu Cie😆
    Akak pun baru habis makan.. buat ayam bakar AF je hari ni.

    BalasPadam
  2. Lama tak beli ayam panggang cottage bakers tu. Selalu beli kek dgn tart telur.

    BalasPadam
  3. Uncle suka BC ni... Sebab harganya berpatutan

    BalasPadam
  4. BC ni dulu suka beli roti yang dalam tu ada cream tapi sekarang dah tak ada pula.

    BalasPadam
  5. Simple tapi kenyang, mudah kerja kita kan dgn adanya ayam BC ni.

    BalasPadam
  6. MZ mcm tak pernah beli ayam BC ni wpun tahu famous :) dulu2 kerap beli ayam percik ayamas tu..tp now dh tak beli sbb dh tutup outletnya kat sri gombak dan dlm giant bt caves (giant pun dh jd tf value mart sekrg ni)

    BalasPadam
  7. Ayam BC ini memang laku keras ye. Di Shah Alam ni sejak Ayamas tutup, memang semakin ramai yang beli ayam BC lagi-lagi masa Ramadhan

    BalasPadam
  8. Ayam bakers ni sedapp jga kan
    Boss ciknur selalu beli utk staff time bulan puasa

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.