Lunch 19 September 2026: Che Ngah Cafe

Sebelum ke kebun pagi tadi Faiz dah transfer duit makan. Kena keluar cari makan jugak la kalau dia dah transfer duit tu maksudnya tengahari dia tak balik. 

Kebetulan memang nak ambil kakak Raisha pergi buat group discussion kat library. Pagi tadi dia tumpang kereta ayah kawan dia pick up kat rumah. Dalam pukul 12 kami keluar. 



Plan nak makan kat Che Ngah Cafe. Kami sampai kedai tak ramai sangat orang. Terus order kat kaunter. Cie order iced lemon tea 2 untuk kakak dan adik, untuk Cie ais limau kasturi laici. 


Macam biasa order makanan sama je nasi goreng ayam kepak. Cie order 4, 1 bungkus so 3 la makan. Adik cashier tu salah punch rupanya. Masa makanan sampai tu 2 makan, 1 bungkus. Bila check resit lahhh rupanya cashier punch 3 je. Kena la Cie order lagi 1 kat kaunter untuk makan. 




Adik Rania tak habis makan, tak berselera lagi nak makan. Biasanya memang habis licin kalau makan nasi goreng ayam Che Ngah Cafe ni. 

Siap makan kami terus balik rumah. Malas nak menyinggah kat mana-mana dah. Plan nak balik jenguk cucu pun tak jadi, adik Rania tak sihat malas la nak jenguk baby. 


Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Cucu? Cie dah ada cucu? dlm mode terkejut ni. hehehe

    BalasPadam
  2. Nasi tu nampak simple je tapi kalau ada ayam.goreng confirm sedap haha kdg yg simple.pun bole buka selera.. tapi sian adik masih x sihat ye.. semoga cpt sembuh dan kembali ceria

    BalasPadam
  3. Kadang kalau ada anak tak sihat, kita nak pegi mana² pun malas.

    BalasPadam
  4. Cucu sedara? Cucu jiran? Cucu Sendiri? Cucu manakah hahaha........ semoga cepat sihat dik rania..

    BalasPadam
  5. Nampak sedap nasi goreng tu esp ayam tu nampak crispy.

    Gws adik Rania

    BalasPadam
  6. laici kasturi ais...terliur sudahh...

    BalasPadam
  7. Macam menarik pula laici kasturi. Nak cuba buat sendiri, nak minum puas-puas.

    BalasPadam
  8. Air cie tu buat akak telan air liur la..nampak sedap..nanti nak try la...mesti refreshing kan...

    BalasPadam
  9. Air cie tu buat akak telan air liur la..nampak sedap..nanti nak try la...mesti refreshing kan...

    BalasPadam
  10. Kalau tidak sihat memang kurang selera makan.
    Hehe minggu depan ya jenguk cucu saudara.

    BalasPadam
  11. haiiii cashier masih mengantuk lagin ke tuuu hehehe

    rs sejuk tekak tgk laici kasturi tuuuu

    BalasPadam
  12. Betul Telan air liur nampak air laici tu.

    BalasPadam
  13. Cantik hiasan nama kedai kat dinding tu. Boleh buat tempat bergambar kat situ.
    Mujurlah ada resit tu boleh buat rujukan kalau ada silap pesanan.
    Kalau tak sihat, makanan sedap yang kita suka pun jadi tak lalu makan.

    BalasPadam
  14. Tertarik pulak dengan hiasan dinding tu.
    Laici kasturi nampak sedaplah pulak.
    Segerrrr tu ada daun pudina.

    BalasPadam
  15. Baguuuus motif cafe ini. Dan warna kuning. Pandai owner memilih warna. Pernah saya baca, warna kuning atau merah memang sesuai utk restoran atau tempat makan, sebab menimbulkan vibe ceria dan semangat utk makan

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.