Masalah Blogspot Tak Boleh Komen

Sejak tengah hari semalam, Cie perasan ada satu masalah yang agak mengganggu bila berblogging. Tak boleh tinggalkan komen di blog post kawan-kawan blogger.

Publishing je sampai ke sudah

Mula-mula Cie ingatkan masalah pada blog yang Cie cuba komen. Biasalah, kadang-kadang ruang komen blog memang buat hal atau ada masalah tertentu pada template.

Tapi bila cuba di beberapa blog lain, masalah yang sama masih berlaku. Komen macam tak dapat dihantar seperti biasa.

Jadi, nampaknya masalah ini bukan semata-mata berlaku pada satu blog sahaja.

Bagi blogger, fungsi komen memang penting. Selain menjadi ruang untuk pembaca berkongsi pendapat, komen juga salah satu cara blogger berhubung dan berkunjung antara satu sama lain.

Bila tiba-tiba tak boleh komen, memang rasa pelik juga. Dah baca artikel, nak tinggalkan komen pun tak boleh.

Dah cuba refresh halaman, buka semula blog, tukar browser, cuba komen menggunakan telefon dan komputer. Tetap tak boleh.

Cie tertanya-tanya juga sama ada masalah ini hanya berlaku kepada sesetengah pengguna atau memang ada gangguan pada fungsi komen Blogspot.

Buat masa ini, Cie cuma harap masalah ini tidak berpanjangan. Tak best juga bila nak berkunjung ke blog kawan-kawan tetapi tak dapat meninggalkan komen.

Harapnya pihak Blogger dapat selesaikan masalah ini dengan segera dan semuanya kembali normal seperti biasa. Asyik problem jela blogspot ni. 


Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Aduhai... ada-ada jew nasalah blog ni kan Cie.

    BalasPadam
  2. Ini jugaaaa yg buat stress kemarin. Dari pagi tak bisa komen. Saya pikir juga blog teman yg saya visit yg masalah, tp kemudian komen di semua blogspot kenapa sama. Pening dengan blogspot nih..kemarin masalah remove massal, sekarang pula tak bisa komen 😔.

    Semoga cepat teratasi. Tak best kalau BW tak komen kan.

    Skr ini yg saya lakukan, saya tulis komen untuk teman2 di notes hp kak. Nanti setelah masalahnya selesai, saya tinggal copy paste di blog temen2. 😄. Jadi tak banyak sangat tulisan yg tertinggal dikomen

    BalasPadam
  3. Haah lah hari tu nak komen dok pusing fed up terus malas nak tgk blog. Nak pi rumah amie nak tau masak apa untuk bunda amie eh dia bagi warning link bahaya. Apadaaaa jgn le blogspot hilang macam bllogdrive. Sayang ooooo

    BalasPadam
  4. Rupanya ramai masalah yg sama ye
    Adoiii ha haa risauu jga kita semalaman

    BalasPadam
  5. tula psl..jenuh loading...penat komen blog kwn2 tp tk lps2...ni mlm br nk komen ..nmpk mcm dh ok

    BalasPadam
  6. Itulah, bila komen tak lepas, memang stop je la, macam² si blogspot ni.

    BalasPadam
  7. Itu yang semalam tak jadi BW.. nanti kang, tak ingat mana yang dah komen.. Mana yang belum..lagipun, tak syiokk dah baca, tak boleh komen.. hihihi

    BalasPadam
  8. Mmg xde mood nak tgk blog dah 2 hari, tau² semlm ada prob part komen ye... lagi la bertambah hilang mood terus hahaha.... nasib baik x lama. Hari ni dh nmpk.ok kan

    BalasPadam
  9. Entah apa lagi lah si blog ni akan buat.. mengada²ðŸ˜¬

    BalasPadam
  10. Sama la dgn sy hari Jumaat lps.Bila tak boleh komen mmg sy tgglkn aje. Hari ni baru try.Alhamdulillah dh ok dah =D

    BalasPadam
  11. sy punya laa dah bersemangat nak BW sekali x boleh
    baran jg dibuatnya sbb smpi 2 hari kot eeee

    BalasPadam
  12. Memang hilang mood blogwalking bila dah tulis komen panjang, sekali sangkut dekat “Publishing” 😭 Mujur masalah Blogspot ni tak lama. Lega sekarang dah kembali normal!

    BalasPadam
  13. mcm byk plak masalah blogspot lately

    BalasPadam
  14. Jumaat - Ahad haritu mmg ammi tak BW langsung sebab berjalan. Tp harini (8/9) pun macam ada isu nak komen juga. Manjang je kata "an error occured while publishing" gitu. Kenalah ammi copy dulu refresh page then paste...baru boleh. ehhh banyak hal ek blogger sekarang ni

    BalasPadam
  15. Saya ingatkan internet problem sebab loading je publishing tu. Sekali nak reply komen kat blog sendiri pun tak boleh. Sah lah ni blogspot problem. Terus takde mood dah. Tak bestlah kalau tak dapat tinggalkan komen. Sunyi je blog tanpa komen. Mujurlah tak lama. Kalau tidak memang sepi terus lah kan.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.