Menu Dinner 17 Ogos - 21 Ogos 2026

Menu bagi minggu 17 Ogos hingga 21 Ogos 2026 Cie teruskan lagi share minggu ni. Senang untuk dirujuk pada masa akan datang. Menu Cie simple je takde boombastic. Hihi. Boleh la untuk makan seisi keluarga. 




17 Ogos 2026

Minggu 17 Ogos dimulakan dengan menu yang simple je. Ayam goreng kicap, telur dadar, ulam timun dan kobis bulat. Buah pulak epal hijau dan epal merah asam boi. 


Kalau takde idea nak masak apa, ayam kicap la jadi penyelamat untuk dimasak. Anak-anak memang suka la ayam kicap. 

18 Ogos 2026

Menu macam nasi lemak tapi nasi putih je. Cie masak sambal tumis udang, ayam goreng dan telur rebus. Ayam goreng dan telur rebus tu sikit je buat tambah-tambah menu. 


Kalau ada petai memang sedap la sambal tumis udang tu. Sayur ada timun je buat ulam. Malas nak masak sayur dah. 


19 Ogos 2026

Dah ketandusan idea sangat dah masak jela ayam goreng sos thai dan kobis goreng kicap. Ayam goreng sos thai letak bunga kobis dan daun ketumbar. Baru sedap ala thai. 


2 jenis je menu dinner 19 Ogos. Memang dah malas sangat dah ni. 2 jenis pun ok je. 


20 Ogos 2026

Semakin malas nak masak tapi kena jugak masak walaupun menu yang simple je. 


Ikan tilapia goreng, telur mata kicap, ulam timun dan tomato ceri. Epal merah asamboi. Epal hantaran anak buah bertunang la hari tu Cie kena bawak balik. Orang lain tak makan buah sangat. 


21 Ogos 2026

Menu terakhir minggu tu memang malas tahap maksimum dah. Kalau tak masak pun makan menu kedai nasi goreng jugak, masak jela nasi goreng. 


Ayam goreng tepung bestari, ulam timun dan tomato ceri. Nasi goreng kosong je takde rencah beria sangat. Bawang putih, bawang besar, cili padi dan ikan bilis blend je. 


Begitulah. Ada masa meriah idea nak masak apa. Ada masa takde idea. Anak-anak dan husband Cie jenis tak cerewet nak request menu. Apa Cie masak mereka makan je. Tu yang jenuh fikir menu. 



Catat Ulasan

0 Ulasan