Menu Dinner 17 Ogos - 21 Ogos 2026

Menu bagi minggu 17 Ogos hingga 21 Ogos 2026 Cie teruskan lagi share minggu ni. Senang untuk dirujuk pada masa akan datang. Menu Cie simple je takde boombastic. Hihi. Boleh la untuk makan seisi keluarga. 




17 Ogos 2026

Minggu 17 Ogos dimulakan dengan menu yang simple je. Ayam goreng kicap, telur dadar, ulam timun dan kobis bulat. Buah pulak epal hijau dan epal merah asam boi. 


Kalau takde idea nak masak apa, ayam kicap la jadi penyelamat untuk dimasak. Anak-anak memang suka la ayam kicap. 

18 Ogos 2026

Menu macam nasi lemak tapi nasi putih je. Cie masak sambal tumis udang, ayam goreng dan telur rebus. Ayam goreng dan telur rebus tu sikit je buat tambah-tambah menu. 


Kalau ada petai memang sedap la sambal tumis udang tu. Sayur ada timun je buat ulam. Malas nak masak sayur dah. 


19 Ogos 2026

Dah ketandusan idea sangat dah masak jela ayam goreng sos thai dan kobis goreng kicap. Ayam goreng sos thai letak bunga kobis dan daun ketumbar. Baru sedap ala thai. 


2 jenis je menu dinner 19 Ogos. Memang dah malas sangat dah ni. 2 jenis pun ok je. 


20 Ogos 2026

Semakin malas nak masak tapi kena jugak masak walaupun menu yang simple je. 


Ikan tilapia goreng, telur mata kicap, ulam timun dan tomato ceri. Epal merah asamboi. Epal hantaran anak buah bertunang la hari tu Cie kena bawak balik. Orang lain tak makan buah sangat. 


21 Ogos 2026

Menu terakhir minggu tu memang malas tahap maksimum dah. Kalau tak masak pun makan menu kedai nasi goreng jugak, masak jela nasi goreng. 


Ayam goreng tepung bestari, ulam timun dan tomato ceri. Nasi goreng kosong je takde rencah beria sangat. Bawang putih, bawang besar, cili padi dan ikan bilis blend je. 


Begitulah. Ada masa meriah idea nak masak apa. Ada masa takde idea. Anak-anak dan husband Cie jenis tak cerewet nak request menu. Apa Cie masak mereka makan je. Tu yang jenuh fikir menu. 



Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Ayam kicap juga menu yg paliiiiing sering saya masak 😄😄. Sebab mudah dan cepat.

    Lihat sambal udang, saya langsung ingat msh ada udang di kulkas dan waktu itu di KL dikasih sambal yg tinggal dipanasi . Nak saya mix dengan udang lah 😄❤️❤️

    Di sini susah nak cari bubuk asam boi. Padahal sedap juga campur ke buah yaa. Nanti nak cari saat ke Malaysia akhir tahun. Untuk stok di rumah 😍

    BalasPadam
  2. Memang jenuh nak mikir masak apa kan..

    BalasPadam
  3. malas mcm mana pun dapur tetap berasap kannn👍💪👍💪

    BalasPadam
  4. Malas-malas pun berasap dapur kira oklah tu. Ammi kalau malas jalan kaki gi makan kat kedai depan simpang rumah je

    BalasPadam
  5. Samalah masakan kita, ada menu utama, sayur atau ulam dan buah-buahan. Mana yang mudah ikut selera kita je. Yang fancy tu bila datang mood extra rajin. hihihi...

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.