Menu Dinner 25 Ogos - 28 Ogos 2026

Banyaknya cerita nak diceritakan dalam blog. Dalam draft pun banyak jugak masih belum dikarang. Minggu lepas mood malas nak menulis. Tu yang 1 je post sehari. Kalau ikutkan draft tu boleh dapat 2 post sehari. 


Harapnya weekend ni datang la mood rajin nak mengarang. Dah masuk bulan September, belum habis share menu dinner. Tapi tetap la nak share juga. Jomla Cie share menu dinner 25 Ogos hingga 28 Ogos. Ada yang masak, ada yang bungkus je. 

25 Ogos 2026

Kalau malas nak masak memang bungkus makanan kedai jela kalau keluar pun malas. Cakap kat Faiz order sate je. Faiz order sekali nasi goreng kampung dan bihun goreng dari kedai sate pencawang tu. 



Tekak kami anak beranak suka makan sate kat pencawang tu je. Sate dan kuah kacangnya memang sedap. Nasi goreng kampung pun sedap ada pucuk paku lain dari kedai lain. 


26 Ogos 2026

Malas hari-hari nampaknya. Hahaha. Bungkus lagi sebab Cie malas. Kali ni Faiz bungkus dari kedai Sungai Kerpan. Cie punya kuetiau kerang, adik Rania kuetiau udang, kakak Raisha nasi goreng seafood dan Faiz nasi goreng ayam kunyit siap dapat sambal belacan dan sup kosong. 


Kedai ni terkenal dengan menu char kuetiau. Faiz dan kakak Raisha kureng sikit kuetiau tu yang 2 beranak tu makan nasi goreng. 


27 Ogos 2026

Dah 2 hari menu bungkus kan, so rajinkan diri untuk masak la. Masak simple je pun sebenarnya. Cuma kalau penyakit M mendatang masak simple pun jadi susah. 


Cie masak ikan bawal goreng kicap, telur dadar, cendawan tiram celup tepung dan timun. Stok sambal belacan takde dalam gambar. Nak makan baru keluarkan dari fridge. 


28 Ogos 2026

Menu seterusnya Cie hentam je masak ikut jela apa yang terlintas dalam fikiran. Ayam goreng berempah, telur mata kicap, kobis goreng campur cendawan shitake dan jambu batu asamboi. 


Dah lama peram entri ni terlupa dah bahan ayam goreng berempah tu perap apa. Tak boleh nak recall memang tak ingat. Nyesal pulak tak tulis sesiap dalam note. Next buat nanti dah tak sama. Yang ni sedap. Tapi apekan daya dah lupa kan. 

4 menu sahaja untuk 4 hari. Selepas tu ada gap hari tak masak tapi entah lupa makan apa takde gambar. Kita akan sambung menu dinner bermula 31 Ogos pulak ye. Nantikan. 



Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Mujurlah baru lepas makan sate, kalau tidak macam teringin sate. Sukalah kuetiau macam tu, siap ada cili jeruk lagi. Pertama kali tengok ikan bawal masak kicap, mungkin sini jarang masak kicap kot. Biasanya sambal je lah. Makan jambu batu wajib ada serbuk asam boi tu baru sedap makan.

    BalasPadam
  2. Menu bungkus atau menu air tangan sendiri tetap juga kena ada, sebab perut nak kena isi 😅, anyway sate is our family fav

    BalasPadam
  3. Yelah, lain dari yang lain nasi goreng kampung letak pucuk paku. Barulah betul-betul 'kampung' 😀

    BalasPadam
  4. Geram tengok jambu batu letak asam tu je..

    BalasPadam
  5. Menu dinner bila Di Ai kan waduh buat kecur je nampak sedap. Wah satay peberet ni

    BalasPadam
  6. Sedap ar bihun goreng banyak taugeh.
    Akak jarang beli ikan bawal.. tak tau pasaipa... sebab pernah makan kat lidah rasa "lidas".. tu yang biasa beli siakap.

    BalasPadam
  7. terliur sate la plak hahahah nmpk sedap sungguh tu

    BalasPadam
  8. Alamak, dah lama tak makan bihun goreng. Feveret akak tu.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.