Banyaknya cerita nak diceritakan dalam blog. Dalam draft pun banyak jugak masih belum dikarang. Minggu lepas mood malas nak menulis. Tu yang 1 je post sehari. Kalau ikutkan draft tu boleh dapat 2 post sehari.
Harapnya weekend ni datang la mood rajin nak mengarang. Dah masuk bulan September, belum habis share menu dinner. Tapi tetap la nak share juga. Jomla Cie share menu dinner 25 Ogos hingga 28 Ogos. Ada yang masak, ada yang bungkus je.
25 Ogos 2026
Kalau malas nak masak memang bungkus makanan kedai jela kalau keluar pun malas. Cakap kat Faiz order sate je. Faiz order sekali nasi goreng kampung dan bihun goreng dari kedai sate pencawang tu.
Tekak kami anak beranak suka makan sate kat pencawang tu je. Sate dan kuah kacangnya memang sedap. Nasi goreng kampung pun sedap ada pucuk paku lain dari kedai lain.
26 Ogos 2026
Malas hari-hari nampaknya. Hahaha. Bungkus lagi sebab Cie malas. Kali ni Faiz bungkus dari kedai Sungai Kerpan. Cie punya kuetiau kerang, adik Rania kuetiau udang, kakak Raisha nasi goreng seafood dan Faiz nasi goreng ayam kunyit siap dapat sambal belacan dan sup kosong.
Kedai ni terkenal dengan menu char kuetiau. Faiz dan kakak Raisha kureng sikit kuetiau tu yang 2 beranak tu makan nasi goreng.
27 Ogos 2026
Dah 2 hari menu bungkus kan, so rajinkan diri untuk masak la. Masak simple je pun sebenarnya. Cuma kalau penyakit M mendatang masak simple pun jadi susah.
28 Ogos 2026
Menu seterusnya Cie hentam je masak ikut jela apa yang terlintas dalam fikiran. Ayam goreng berempah, telur mata kicap, kobis goreng campur cendawan shitake dan jambu batu asamboi.
Dah lama peram entri ni terlupa dah bahan ayam goreng berempah tu perap apa. Tak boleh nak recall memang tak ingat. Nyesal pulak tak tulis sesiap dalam note. Next buat nanti dah tak sama. Yang ni sedap. Tapi apekan daya dah lupa kan.
4 menu sahaja untuk 4 hari. Selepas tu ada gap hari tak masak tapi entah lupa makan apa takde gambar. Kita akan sambung menu dinner bermula 31 Ogos pulak ye. Nantikan.







10 Ulasan
Mujurlah baru lepas makan sate, kalau tidak macam teringin sate. Sukalah kuetiau macam tu, siap ada cili jeruk lagi. Pertama kali tengok ikan bawal masak kicap, mungkin sini jarang masak kicap kot. Biasanya sambal je lah. Makan jambu batu wajib ada serbuk asam boi tu baru sedap makan.
BalasPadamMenu bungkus atau menu air tangan sendiri tetap juga kena ada, sebab perut nak kena isi 😅, anyway sate is our family fav
BalasPadamYelah, lain dari yang lain nasi goreng kampung letak pucuk paku. Barulah betul-betul 'kampung' 😀
BalasPadamGeram tengok jambu batu letak asam tu je..
BalasPadamMenu dinner bila Di Ai kan waduh buat kecur je nampak sedap. Wah satay peberet ni
BalasPadamSedap ar bihun goreng banyak taugeh.
BalasPadamAkak jarang beli ikan bawal.. tak tau pasaipa... sebab pernah makan kat lidah rasa "lidas".. tu yang biasa beli siakap.
sedapnya nasi goreng kg
BalasPadamterliur sate la plak hahahah nmpk sedap sungguh tu
BalasPadamAlamak, dah lama tak makan bihun goreng. Feveret akak tu.
BalasPadamSy trliur tgk jambu tu =)
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.