MK Western: Birthday Dinner Kakak Raisha

12 September yang lepas kami celebrate birthday kakak Raisha di MK Western. Babahnya nak belanja makan western. Jadi ibu tak masak la dinner. 

Lama juga dah rasanya kami tak makan di MK Western ni. Dekat je dari rumah dalam 3-4 minit je kot. 


Kami masuk kedai je kosong takde orang. Lepas Maghrib terus keluar rumah. Memang kosong la kedai. Lama-lama baru la ada customer lain. Menu masih sama je. 


Birthday girl yang diraikan

Kami order air lemon tea untuk kakak dan adik. Cie order air tembikai dan Faiz order sunkist kosong. 


Sementara tunggu order sampai kita snap gambar dalam kedai. Isi masa sambil berborak. 


Adik Rania dan kakak Raisha order menu sama je chicken chop. 2 beradik ni taste sama je. Macam kembar tapi bukan kembar. Chicken chop ok je cuma sauce tu tawar. Adik Rania request sos cili je. 



Tambah juga order chicken wing madu. Share makan la yang ni. Sedap jugak rasa macam madu sikit dan sos thai. 


Spageti chicken creamy ni Cie punya order. Dari dulu sampai sekarang sama je rasa dan yang ni jela Cie suka order. Rasa creamy, ada isi ayam dan cendawan shitake. 

Teringat dulu masa mula-mula pindah masuk rumah Cie tu dapur belum siap kemas selalu la bungkus makan dari kedai ni. Masa tu PJJ dengan Faiz, dia kerja di Putrajaya. 


Akhir sekali order Faiz pun sampai lamb chop. Terpaling akhir dan mengecewakan Faiz. Lamb tu rasanya dalam 30% je boleh makan. Selebihnya lemak dan ada bahagian yang liat. Lupa nak snap gambar bahagian yang tak boleh makan tu.


Faiz bagitau cashier masa bayar yang lamb tu tak boleh makan. Jawapan cashier pun agak mengecewakan. Boleh pulak dia jawab kena rebus lama sikit kot. 

Lamb chop kan lepas perap terus grill. Mana ada rebus. Sebab tu Cie tak suka order makanan berdaging kalau makan kat kedai nanti mengecewakan. 

Dalam menu tulis coleslaw untuk chicken chop tapi yang dapat salad lettuce, timun, carrot, tomato ceri, brokoli di seasoning dengan garam dan lada hitam. Memang Cie jela yang makankan. 

Harga makanan Cie lupa nak tanya Faiz hari tu berapa total semua. Overall ok je cuma lamb chop tu jela. 


Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. tak best kalau dapat jawapan macam tu padahal bukan kita mintak refund pun. at least bagi la diskaun 10% sebab masak tak sedap hahaha

    BalasPadam
  2. kalo menu lamb ni tk kena cara masak jd liat

    BalasPadam
  3. deko luar kedai tu nmpk mcm horror sikit.....tapi oklah kan, makanan sedap kecuali lamp chop...cashier tu tak tau kot style masak lamb chop...boleh ckp kena rebus pulak..huhu..

    BalasPadam
  4. apa laa jawab mcm tu
    tak reti nak beli hati customer langsung

    so harga dpt kurang tak bila jd mcm tu?

    BalasPadam
  5. The best time untuk keluar makan malam sebabnya tak ramai orang keluar waktu tu. Lepas solat Maghrib, siap cepat dan terus gerak. Kalau lambat sikit confirm dah penuh sebab lepas tu peak hour orang keluar dinner. Untung juga kedainya tak jauh sangat kan.

    Kalau tengok sekali imbas macam kembar dah dua orang ni. Tinggi pun lebih kurang je kan. Selera pun sama jugak ek.

    Bahagian luar tu agak terbiar sikit dengan pasu kosong dan kurang dibersihkan. Kalau ada hiasan pokok bunga mesti lagi menarik.

    Alahaii jawapan dia pun. At least minta maaflah kalau tak nak bagi diskaun ke apa.

    BalasPadam
  6. Aduhai..jadi gini yg kureng nk ulang pegi kedai yg sama =)

    BalasPadam
  7. Aduhaiiiiii kadang bengang je kan bila komen supaya dapat perbaiki mutu makanan tapi jawapan dia macam nak bangkrapkan kedai sendiri je.

    BalasPadam
  8. Lepas ni kena elakkan dari pesan lamb chop la nampak gayanya.

    BalasPadam
  9. Geram je kan bila order daging, tapi banyak yang tak boleh makan..

    BalasPadam
  10. Happy belated birthday utk adik Raisha. Kesian pulak lamb chop tak bole makan, saya pun selalu kena macam tu. Takde rezeki org kata..

    BalasPadam
  11. Alamak, kurang best bila jadi begitu, lamb chop liat.
    Bahagian luar kedainya pun macam tak terurus, pasu-pasu dibiar begitu.

    BalasPadam
  12. Pernah dapat balasan komen kurang menyenangkan juga pasal liat. Dia kata sebab pesan bahagian bahu kambing itu yang liat. Hmm baik tidak payah meniaga kalau maklum balas pelanggan ambil sambil lewa.

    BalasPadam
  13. Tapi memang betullah... kalau order lamb memang risky unless kita dah tau kedai makan tu sediakan lamb chop yang bagus.

    BalasPadam
  14. Ish sayangnyaaaa, lamb chop ini favorit saya juga. Jadi kalau dapat yg tak sedap, terlalu banyak lemak atah keras, memang kecewa lah.

    BalasPadam
  15. Selamat Hari Lahir Kakak Raisha! 🎉 Part lamb chop tu tergelak pula bila baca bab kena rebus dulu... Tak pasal-pasal cashier bagi resipi sendiri kan! Sepatutnya kalau pelanggan dah bagi cadangan/teguran, ambil maklum secara profesional. Apa pun, baguslah sebab menu spageti dengan chicken wing tu masih melepasi selera.

    BalasPadam
  16. lamb chop liat tu memang boleh merosakkan mood laaa...kena black list menu tu so jgn order lah in the future hehhehe anyway, epi besday dear kakak raisha

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.