Pagi tadi lepas solat subuh terus masuk dapur nak masak cekodok pisang. Senang je bahan cekodok ni. Pisang, gula, tepung gandum, garam sikit, tepung beras sikit.
Lenyek je pisang dan gaul dengan bahan lain. Lepas tu goreng jela. Senang sangat nak buat.
Cekodok pisang jela menu hari ni untuk sarapan di hari Ahad. Takde aktiviti hari ni. Beristirehat jela kat rumah. Nak balik kampung jenguk cucu pun rasa malas nak drive. Faiz takde hari ni kerja.
Marathon mengadap blog jela. Selesaikan draft entri yang tengah beratur tu. Gambar dah siap masukkan. Tinggal nak mengarang je. Risau takut tak lepas upload gambar, semalam Cie terus masukkan gambar kat draft.
Tak boleh jangka blogspot sekarang ni ada je masalah. Masalah reading list pun belum selesai ni. Masih kena jenguk blog satu-satu baru nampak latest post. Kat reading list tu duk la 2 days ago, 3 days ago. Padahal ada je update latest post.


2 Ulasan
Nak upload gambar tak boleh streess jadi nya.. hilang mood terus huhuu...
BalasPadamcekodok pisang antara yg tak pernah sempurna kejadian nya bila saya buat hahaha
Terliur tengok cekodok Cie, elok kejadiaannya.
BalasPadamPasrah je la dgn Blogger ni. Apapun akk tetap up entry sbb nak tunggu dia okay, nanti bertimbun pulak dalam draft.
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.