Pagi tadi lepas solat subuh terus masuk dapur nak masak cekodok pisang. Senang je bahan cekodok ni. Pisang, gula, tepung gandum, garam sikit, tepung beras sikit.
Lenyek je pisang dan gaul dengan bahan lain. Lepas tu goreng jela. Senang sangat nak buat.
Cekodok pisang jela menu hari ni untuk sarapan di hari Ahad. Takde aktiviti hari ni. Beristirehat jela kat rumah. Nak balik kampung jenguk cucu pun rasa malas nak drive. Faiz takde hari ni kerja.
Marathon mengadap blog jela. Selesaikan draft entri yang tengah beratur tu. Gambar dah siap masukkan. Tinggal nak mengarang je. Risau takut tak lepas upload gambar, semalam Cie terus masukkan gambar kat draft.
Tak boleh jangka blogspot sekarang ni ada je masalah. Masalah reading list pun belum selesai ni. Masih kena jenguk blog satu-satu baru nampak latest post. Kat reading list tu duk la 2 days ago, 3 days ago. Padahal ada je update latest post.


16 Ulasan
Nak upload gambar tak boleh streess jadi nya.. hilang mood terus huhuu...
BalasPadamcekodok pisang antara yg tak pernah sempurna kejadian nya bila saya buat hahaha
Terliur tengok cekodok Cie, elok kejadiaannya.
BalasPadamPasrah je la dgn Blogger ni. Apapun akk tetap up entry sbb nak tunggu dia okay, nanti bertimbun pulak dalam draft.
Cekodok pisang peberet. Entah le blog list tu manjang tak berup. But a je lah n3 mana yang boleh.
BalasPadamCekodok pisang makan panas² sedspnyaaa... kita suka garing² sket 😁
BalasPadamAduhhh.. nak kena cari pisang pulak ke ni 🤤🤤
BalasPadamsedapnya cekodok pisang
BalasPadamSetakat ni blog uncle ok lagi...
BalasPadamSuka cekodok pisang ni...makan panas-panas pulak tu....
BalasPadamkebetulan semlm pun MZ ada masak cekodok pisang jugak sbb kids suka lah cekodok ni (kalau kelate, nama dia jepput pisey)
BalasPadamIni menu favourite satu keluarga. Makan panas-panas kejap aje habisnya
BalasPadamSedap tu cekodok pisang
BalasPadamSedapnya cekodok pisang, tiap hari makan pun tak apa. Ni pun sambil bw tengah makan cekodok pagi tadi
BalasPadamNi kalu buat laku keras kejapp he licin
BalasPadamRumah akak semua peminat cekodok
Nk lg pisang
Hari minggu blh masak2 utk sarapan
Hari keja memang payah sikit pg2 nk siap
Kena uruskan ank2 bulus luar mkn dah makn masa
Minum dkt kopi panas sedap jgk ni =)
BalasPadamNi yang macam nak buat cekodok pisang jugak ni. Lama juga tak mencekodok pisang. Sedapnya makan panas-panas rangup tu.
BalasPadamKann..blogspot ni macam-macam boleh jadi. Upload gambar siap-siap dan schedule je.
Stress juga tengok bloglist dan reading list tu tak berupdate. Padahal ada je latest post. huhuhu...
lamanya tak makan cekodok.. kena cari pisang ni
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.