Sarapan Pagi Di Hari Cuti: Hari Malaysia

Selamat Hari Malaysia. 

Hari ni ada yang kerja ke? Selamat bekerja bagi yang bekerja. Yang bercuti selamat bercuti. Cie cuti, bersantai di rumah je takde ke mana-mana. 

So awal pagi dah masuk dapur nak masak sarapan. Walaupun hari ni Hari Malaysia tapi menu Cie idok la menu Malaysia. Hihi. Cie dah lama rasanya tak masak pasta so pagi ni menu western la kita ye. 


Cie buat 2 jenis menu pagi ni. Roti bakar cheese dan spageti. Tetiba terajin pagi ni kan. Tadi dah share resipi roti bakar cheese. Kot ada yang nak buat senang je. 


Spageti ni pulak Cie guna 2 jenis sos pasta. Setiap sos tu ada 1 tin je jadinya Cie combine jela terus keduanya. Kita buat dia kan jadi hentam saja la. 1 tin sos pasta tomato tradisional Kimball dan 1 tin carbonara mushroom Prego. Guna instant sos je senang kerja di awal pagi. 

Cincang bawang putih dan bawang besar je, potong carrot sikit, potong serong sosej ada 4 batang dalam freezer tu dan guna sikit ayam cincang Ramly tu. Tumis-tumis, campak-campak je semua tu. Letak sikit serbuk perasa dan parsley kering. Dah siap untuk dihidangkan. 


Senang je kan nak buat dan sediakan sarapan untuk family. Kalau rajin boleh je jadi. Kalau malas tak jadi apa. Hahaha. 

Sedap jugak sos campur-campur pun. Anak-anak makan bertambah. Faiz je tak suka sangat pasta. 


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. wahhh pepagi dah makan pasta
    selamat hari malaysia

    BalasPadam
  2. malam tadi dah masak menu western.. anak dah request..
    pagi ni goreng keropok lekaor + masak bubur nasi (pun anak request)
    nak masak lauk lunch, kejap2 lagi la, hahaha

    BalasPadam
  3. MZ dh lama tak masak pasta. nak kena beli minced meat tu kalau nak masak spageti bolognese

    BalasPadam
  4. Very the western pepagi makana pasta. Senang kan masak banyak sekaligus, boleh sambung menu tengah hari terus. Kita buat dia, janji sedap kat tekak kita.

    BalasPadam
  5. Wah, sos campur. Mesti sedap, sebab anak-anak makan selera.
    Sudah agak lama tak masak pasta berkuah ni. Selalu beli spagetti, buat goreng je ala-ala mi goreng.

    BalasPadam
  6. Masak menu western pagi2 ni selalunya paling laku habis

    BalasPadam
  7. Tudiaa ni western breakfast ni...ada pasta ada sandwich

    BalasPadam
  8. Hamboiii... kemain ya pasta untuk breakfast.
    Kat rumah dok ada pasta dan sos tapi nak buat malas huhu

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.