Beli Beg dan Sandal Di Al-Ikhsan

Anak-anak lama dah nak beg sekolah Puma. Budak-budak zaman sekarang kan kemain ye. Kita zaman dulu entah apa-apa brand je kita beli. Cie cakap kalau nak kumpul sendiri duit. Gigih ye kumpul duit belanja sekolah kalau ada lebih masuk tabung. 

Cie nak tunggu hujung tahun je baru beli tapi sebab Cie nak habiskan voucher yang expired 30 Oktober 2026 terus la Cie cakap beli jela beg nanti pakai jela tahun depan. 

Mulanya singgah di Al-Ikhsan Lipis. Takde beg Puma warna hitam yang mereka nak. Cie nak beli selipar Puma pun terus la tak jadi. Nak guna voucher tu pembelian kena RM100 ke atas. Selipar tu RM89 je. Kalau beli beg cukup la, takde yang anak-anak berkenan pulak. 


Disebabkan nak juga guna voucher tu Cie suruh anak-anak ajak Faiz ke Raub je tengok kat Al Ikhsan situ je. Kami pun pergi la ke Al Ikhsan Raub. Akhirnya jumpa lagi beg yang anak-anak nak. Selipar Cie je takde yang Cie nak tu. Beli beg jela guna voucher RM10 ada 3 keping dapat la diskaun beli beg anak-anak. 


Voucher tu kami 3 beranak dapat masa join brisk walk 3km hari tu dapat la voucher RM10 sorang. 

Hari Jumaat lepas Cie ajak Faiz ke Al Ikhsan beli selipar yang Cie dah berkenan tu RM89 ok la murah dari Nike RM100+. Cie memang biasa pakai selipar macam ni. Tahan lama, bertahun jugak la. 



Yang Nike ni dah nak terputus dah bahagian tepi. Beli jela yang baru sebelum terputus. Lupa dah berapa tahun selipar ni. 




Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. ada voucher okla skit...tambah apa2 yg patut kan ..nasibaik jumpa yg berkenan di hati

    BalasPadam
  2. Begitulah anak² sekarang, ada pilihan masing-masing.

    BalasPadam
  3. Selipar macam ni memang best pakai, sarung je.

    BalasPadam
  4. seronok anak2 dpt yg baru. yg diidamkan lagi.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.