cara kira BMI - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 27 June 2014

cara kira BMI

as salam
salam sejahtera

hari jumaat yang indah. cuaca kat luar panas terik tapi kat dalam office nih sangat2 sejuk pulak. biasa air-cond nih tak rasa kalau panas terik sangat. pelik. huhu.

Rasanya hari nih nak share tentang cara kira BMI. sebelum i share tentang cara kira elok lah i bagitau BMI nih apa. actually BMI nih shortform dari Body Mass Index atau apabila dimelayukan jadilah Indeks Jisim Badan. untuk mengukur indeks jisim badan kita normal ke berlebihan berat badan ke. i normal okay. hihi.


Index Jisim Badan atau BMI merujuk kepada kadar berat berbanding ketinggian, atau isipadu seseorang. Cara pengiraan Index Jisim Badan adalah

BMI = \frac{Berat(kg)}{Tinggi(m) \times Tinggi(m)}

  • Bawah 18.5 kurang berat
  • Antara 18.5 - 22.9 berat yang sihat
  • 23 hingga 27.4 agak lebih berat
  • 27.5 dan keatas gemuk / obes
Walau bagaimanapun, formula ini tidak boleh digunakan jika anda:
  • berusia kurang dari 18 tahun atau lebih 64 tahun
  • mengandung atau menyusukan anak
  • seorang ahli sukan yang aktif
sumber: WIKIPEDIA 

okay i bagi contoh macam mana nak kira.

BMI = berat(kg) / tinggi (m) x tinggi (m)

21.6 = 52kg / 1.55m x 1.55m

so masuk dalam kategori badan sihat. senang je kan nak kira. kacang rebus je kan. huhu. sekarang dah besepah application dalam smartphone. install je. anytime, everytime boleh guna kan. kalau dah senang tuh apa tunggu lagi pergi cepat kira. kalau agak2 lebih berat ke tuh pandai2 la diet. kalau agak2 kurang berat tuh pandai2 lah makan banyak2. hihihik. boleh kira guna CALCULATOR nih.

mata dah semakin mengantuk nih gara2 anak dara i berjaga dari pukul 1 sampai la 2.30 pagi. pastu pukul 5.30 pagi dah bangun bersiap2 nak pergi kerja. 3 jam je waktu tidur i. pukul 6 anak bertuah tuh dah bangun. hai la anak. pasaipa hang berjaga. nak berjaga time cuti takpela.

ingin dapatkan produk shaklee? boleh hubungi sy pengedar shaklee anda. pengedar shaklee kuala lipis. pengedar shaklee pahang.
012 - 9755310 (whatsapp / wechat / telegram)

No comments:

Post a Comment