Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Hari nih lunch nak masak nasi mentega. Tapi tak tau nak masak lauk apa. Ayam masak merah dah masak minggu lepas. Fikir punya fikir maka jadi lah ayam bakar yamg sangat mudah disediakan. Ayam bakar kering je lepas tuh buat sos je.
Resepi Ayam Bakar
Bahan-bahan Ayam Bakar
7 ketul ayam
1 biji bawang putih ditumbuk
1/2 biji bawang besar ditumbuk
1 inci halia ditumbuk
1 sudu teh jintan putih dikisar
1 sudu teh jintan manis dikisar
1 sudu makan lada hitam dikisar
1 sudu makan serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Sedikit mentega
Cara Membuat Ayam Bakar
1. Perapkan kesemua bahan kecuali mentega selama lebih kurang 1 jam.
2. Selepas 1 jam sapukan mentega pada dulang pembakar. Susun ayam didalam dulang.
3. Sapukan sedikit mentega diatas ayam.
4. Bakar didalam selama 40 minit dengan suhu 180°c.
5. Sedia untuk dihidangkan.
Kepanasan suhu oven tuh bergantung kepada jenis oven ye. Macam oven Cie nih api atas bawah. Kalau nak bakar dalam pemanggang ajaib pun boleh. Lagi mudah kan. So boleh dimakan dengan pelbagai jenis sos. Cie buat blackpepper dan mushroom sauce. Nanti Cie kongsikan didalam entry lain. Selamat mencuba ye.
Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:
4 Comments
senangnya, boleh test buat ni ^_^
ReplyDeleteMemang senang. Try la. Hihi
Deleteselalu guna resepi mak je soon boleh try ni..:)
ReplyDeleteboleh aje. try la ;)
Delete