Pilihan Raya Umum ke 15 - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday 28 November 2022

Pilihan Raya Umum ke 15

 PRU 15

Pilihan Raya Umum ke 15


Selesai dah tanggungjawab kepada negara di hari kelahiran ku 19 November yang lepas.

Cie mengundi di kampung. Awal pagi pergi kampung husband dulu. Selepas siap husband mengundi baru bergerak ke kampung Cie pulak dalam 15 minit perjalanan.

Waktu tengahari jugak Cie mendaftar tu. Ingatkan tak ramai orang. Rupanya bukan main panjang kena beratur. Kena scam rupanya. Hahaha. Tengok dari luar pagar sekolah takde orang pun. Sejam jugak la beratur.

Pilihan Raya Umum ke 15
Panas terik jugak hari mengundi. Beratur bawah bangunan tapi terik mentari tu tetap terasa bahangnya


Pilihan Raya Umum ke 15
Rindu memori masa darjah 1 tahun 1991. Masa tu takde nama kelas pun. Tahun 1 je.


Pilihan Raya Umum ke 15
Bukti la selfie lepas mengundi


Pilihan Raya Umum ke 15
Bukti lagi dah siap mengundi. Takde geng nak tolong snap oot oot. Hihi. Terpaksa la snap gambar jari je. Rindu haiiihhh memori sekolah rendah


Pilihan Raya Umum ke 15
Bukti laki bini dah siap mengundi


Pilihanraya umum yang ke15 ni mencipta sejarah tersendiri. Macam-macam situasi politik negara Malaysia ni. Result pilihanraya pun hari keesokan baru diumumkan. Tiada parti yang dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Terkadang pening dan keliru memikirkan. Penuh dengan macam-macam drama. Yang tak best bila baca kat sosial media ramai betul bergaduh sesama sendiri. Macam budak pun ada.

Doa jela yang terbaik supaya mereka yang dipilih dapat mentadbir negara dengan baik dan kita boleh hidup aman bahagia.

No comments:

Post a Comment