Mee Goreng Kuali Pasar Malam - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 3 February 2024

Mee Goreng Kuali Pasar Malam

Pasar Malam Kuala Lipis

mee goreng kuali pasar malam

Setiap Hari Jumaat sebelah petang hingga malam ada Pasar Malam di bandar lama Kuala Lipis. Boleh kata setiap minggu la kami akan terjah ke Pasar Malam Kuala Lipis ni. Senang nak beli apa semua ada je kat sini. Kalau dah jemu taktau nak beli apa tu baru la masak atau makan kedai.


Kadang-kadang bosan juga taktau nak makan apa. Semalam husband sorang je pergi pasar malam. Entah tiba-tiba rasa malas nak keluar dah lepas balik kerja tu nak baring tergolek je kat rumah. Suruh anak-anak whatsapp je babah order nak makan aa.


Mintak husband beli mee goreng kuali dan popia crab cheese. Makan tu jela dinner malam tadi. Cie tambah goreng telur mata je. Teringin pulak nak makan telur mata dengan mee goreng. Cili jeruk tu memang dapat sekali dengan mee goreng kuali tu. Tak cukup cili jeruk tu Cie tambah cili jeruk homemade pulak makan dengan mee goreng kuali.


Selalunya beli rangka ayam. Tapi biasa la orang lelaki kan. Apa yang disenaraikan jela dibeli. Tambahan lain memang jangan harap la kecuali dia nak makan. Kalau kita orang perempuan ni takde dalam list pun kita beli. Itulah kepakaran kita kan. Hahahah.


Mee goreng kuali pasar malam ni memang sedap. Padahal bahan biasa je. Maybe sebab masak dalam kuali leper gitu kot. Selain dari mee goreng kuali, ada juga nasi goreng, kuey teow goreng dan bihun goreng. Tapi kami selalu beli mee goreng je kat situ. Cuma pernah la beli kuey teow situ.

 

24 comments:

  1. Suka jugak kita beli mee goreng kuali pasar malam. Yang pasti, cili jeruk kena lebih. Sambil ratah rangka ayam pun syok jugak tu, tapi suami tak beli ya. Minggu depan kena pergi sendiei la nampaknya, Cie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah selalu kalau makan mee goreng, ratah ayam rangka memang best.

      Delete
  2. mee goreng kuali ni biasanya sedap.. kami panggil mee goreng kawah.. yumm yumm yumm

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye bahan mereka guna simple je pernah tengok mereka goreng.

      Delete
  3. Lama tak makan. Rajin beli masa zaman belajar dulu-dulu je. Letak cili jeruk memang Padu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye zaman Cie belajar dulu pun memang dah ada mee kuali ni kat pasar malam.

      Delete
  4. Ada cili jeruk dan telur mata tu, bertambah sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahan mee tu kurang tu yang tambah telur mata pulak. nak jumpa isi ayam pun susah. ihihi

      Delete
  5. PH suka bihun goreng kuali ni...kat sini pun pasar malamnya Jumaat juga. Kalau pegi mmg itulah yg diulang beli pun hehe

    ReplyDelete
  6. owh Cie duk Kuala Lipis rupanya, kampung belah arwah mertua kak ana situ. Lama kak ana tak ke pasar malam makan menu2 gini.. :)

    ReplyDelete
  7. mi kuali besar ni dlu2 mmg mk llu bli klu pi psr mlm,,, ada pilihan msg2 berlainan jenis

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye beli je ikut pilihan memasing senang ada banyak pilihan.

      Delete
  8. Tang cili jeruk tu yang syok sangat makan dengan mi goreng. Kena bubuh banyak sikit sampai puas makan.

    ReplyDelete
  9. Pernah juga beli mee goreng + kueh tiaw goreng kuali ni. Sedap juga rasanya. Dapat pula cili jeruk.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sedap walaupun bahannya biasa je takde banyak pun.

      Delete
  10. Sedapnyaaaa..kak SA mmg pencinta mee goreng ..best la siap ada cili jeruk..lama dh x pi mana2 pasar malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama anak2 Cie la pecinta mee goreng. kadang2 tiap minggu beli.

      Delete