Menu Cuti Raya Cina - Blog Roziah Muhammad Nor

Wednesday, January 29, 2025

Menu Cuti Raya Cina

Hari ni cuti umum sempena Hari Raya Cina. Cie takde ke mana pun memang cuti duk rumah je. Cuma seawal pagi lepas subuh tadi dah mula masak menu cuti raya cina ni. 

Semalam dah plan nak masak-masak lepas tu nak hantar kat jabatan sikit untuk staf yang kerja hari ni. Sebelum Cie cuti hari tu ada yang request suruh Cie masak dan jemput mereka datang makan kat rumah.

Cie masak je menu cuti raya cina pagi tadi lepas tu hantar je kat jabatan. Dah alang-alang Cie nak keluar beli bahan untuk masak chicken wing nanti. So tak payah la staf datang rumah Cie nak makan menu masakan Cie hari ni.

Cie masak lontong kuah lodeh. Kat rumah ni Cie sorang je makan lontong kuah lodeh ni. Anak-anak tak makan. Husband makan tapi sikit jela. Cie seorang saja yang jenis boleh makan lontong kuah lodeh ni repeat banyak kali pun takpe. Memang suka betul.

Menu Cuti Raya Cina

Menu Cuti Raya Cina

Cie pun masak la juga nasi lemak memandangkan 3 beranak tu nanti tak makan menu ibu hari ni. Dah alang-alang ada sambal tumis ikan bilis dan telur rebus untuk makan dengan kuah lodeh lontong tu. Untuk bahan lain nasi lemak ada juga ayam goreng tepung bestari, telur rebus dan timun.

Staf Cie ada jual kuah kacang instant. Just tambah air jela nak masakkan tu. Cie beli la 1/2 kilo untuk makan dengan nasi impit. Masa hantar lontong kuah lodeh tadi terus Cie ambil kuah kacang semalam dah order mujur dia ada stok. Balik dari beli barang tadi terus masak kuah kacang dan repeat makan lontong kuah lodeh.

Menu Cuti Raya Cina

Menu Cuti Raya Cina

Anak-anak repeat makan nasi lemak lagi. Memang masak banyak terus boleh makan sampai lunch. Sampai petang pun boleh je ni. Makan jela kita menu cuti raya cina hari ni. Jiran takde nak bagi makanan ni. Semua pakat balik kampung cuti panjang. Cie ni kampung sini je takdela balik kampung dah.

Menu Cuti Raya Cina

Menu Cuti Raya Cina

Dah macam menu raya kita pulak dah Cie hari ni masak menu cuti raya cina. Hihi

4 comments:

  1. Wahhhh sedap nampaknya yang Cie masak ni.....

    ReplyDelete
  2. Linda tak reti sangat nak buat kuah lodeh nie.. Nmpk mcm senang tapi, tak tau lah

    ReplyDelete
  3. Sedap tu..lontong kuah lodeh mmg feveret...betul, repeat mkn berkali-kali pun enak banget..

    ReplyDelete
  4. Nasi himpit kuah kacang tu sedapnya Cie!

    ReplyDelete