Jumaat minggu lepas Cie apply cuti. Saja nak berehat dan nak settle balut buku teks adik Rania. Terlupa dah sebenarnya cuti dah nak habis. Tu la kalau bertangguh terus lupa. Saja jela cuti hari Jumaat dah alang-alang Rabu hingga Khamis tak masuk office ada Kursus Pengurusan Perolehan Kerajaan 2025.
Pagi-pagi Jumaat tu Cie balut semua buku teks adik Rania. Dah siap tu Cie ajak anak-anak pergi library. Boleh la adik Rania buat NILAM dan ibu mengadap laptop. Sekejap je boleh guna laptop entahla kenapa tingkat atas library ni semua plug tak function. Bateri laptop cepat je habis walaupun dah charge full dari rumah.
Bila bateri dah habis Cie baca buku. Lama juga tak membaca buku fizikal ni. Selalu mengadap handphone je jarang nak membaca buku fizikal dah. Padahal kat rumah ada je buku-buku tapi nak membaca tu liat betul.
Terus la ke Mikha Sup Station. Mujur buka. Makan kat situ jela kami. Adik Rania order mi sup ayam dan air sarsi botol. Kakak Raisha order nasi putih, sup daging, telur dadar dan teh o ais. Ibu pulak order Mikha Sup Special ada nasi putih, sup campur, telur dadar dan order air nescafe o ais. Tambah keropok lekor goreng.
Total semua bil kami makan tu RM46.50 terus whatsapp kat husband nak claim semula. Hahaha. Tu yang snap gambar anak-anak hantar kat babahnya. Terkejut jugak dia makan apa la 3 beranak ni hampir RM50 bil. Makanan sekarang tak jumpa dah yang murah-murah. Barang makanan semua mahal jadinya peniaga terpaksa la naikkan harga. Gitu lah kan. Gaji naik, barang pun naik.
hamboiii... fanatik kaler merah ni. Laptop pun merah😅
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Untung boleh claim.. Hihihi... Betul, harga makanan sekarang pun boleh tahan.. Kalau keluar 6 beranak, memang standby lah rm100 untuk makan saja..
ReplyDeleteHahahahah sama juga dengan saya. Tp saya sengaja pakai langsung card dia. Jadi tinggal kasih laporan pakai utk apa saja 😄.
ReplyDeleteSkr pandai2 sendiri mengatur keuangan rumah tangga, supaya tak lebih besar pengeluaran dr pemasukan 😅ðŸ¤
Memang susah dah nak jumpa makanan harga murah sekarang ni.
ReplyDeleteBagusnya pergi library. Aktiviti yang produktif di hari cuti, lagi-lagi bersama anak-anak.
ReplyDeleteSama la, asyik pegang phone je Akk ni pun, jadi malas nak baca buku fizikal.
ReplyDeleteSup dgn telur dadar mmg bff kan :)
Dulu zaman sekolah Cuya rajin betul Nilam...
ReplyDeletetapi sijil enth hilang ke mana, yang ada piala je
Standard dah skrg ni Cie...Dkt KL pun rege tu jgk la =D
ReplyDeletememang gitu lah kos mkn2 kat luar..MZ lagi ler, kalau kuar mkn ber5 memang average RM100
ReplyDelete