Hari ni Cie groceries shopping 4 tempat. Sakan betul membeli stok untuk menu seminggu. Husband kata banyaknya beli. Betul la ikut menu setiap hari dari hari ni sampai la Jumaat nanti. Siap-siap dah menu plan seminggu. Senang la nak membeli ikut menu.
Tempat pertama pergi ke TF Value Mart. Kat sini Cie beli barang kering dan sayur je. Lepas tu husband beli udang dan kerang je bahan basah.
Tempat kedua pergi ke Pasar Bunga Cengkih sebelah je dengan TF Value Mart. Kat pasar ni nak beli pucuk paku dan pucuk rebung. Sayur kampung kat pasar jela ada. Harga pucuk paku seikat tak dapat dah RM1 macam dulu-dulu. Seikat RM3 tapi kalau beli 2 dapat la RM5. Cie pun beli la 2 ikat. Pucuk rebung pulak RM4 sebungkus.
Tempat ketiga pergi BS FreshMart pulak. Kat sini beli ayam, ikan selayang, sotong, buah jambu. Selalunya setiap minggu beli barang kat sini je.
Tempat keempat singgah pulak Mini Ria on the way nak balik rumah. Ada je benda yang tertinggal. Kat sini beli nutela, asam boi, pisang, crabstick.
Sampai rumah ingatkan dah settle la beli semua bahan. Rupanya ada lagi tercicir. Hahahah. Camni la buat list dah tapi ada juga yang tak masuk list.
Nak beli cooking cream nanti nak masak spageti. Lepas tu chesdale nak buat popia bigmac. Ingatkan ada lagi dalam fridge rupanya tinggal 7 keping je tak cukup. Cie nak buat popia bigmac nampak macam sedap je. Tapi resipi olah sendiri jela ikut citarasa.
Nampak Khairul Aming share resipi Thai Crispy Penkek guna roti prata tu Cie nak try juga buat. Beli dah semua bahan tadi. Maybe buat hari Selasa kot cuti. Hari ni buat popia bigmac dan popia crabstick dulu.
Meriahh tu shopping groceries
ReplyDeleteSelamat menyopink.
ReplyDeleteKalau kat tempat wak, pucuk paku ti masih boleh dituai di tepi sungai.
Rebung dan pucuk paku kalo di jakarta ini macam rare 😔. Di Medan yg banyak. Padahal saya sukaaa sangat gulai daun pakis atau gulai rebung
ReplyDeleteSeronoknya shopping!
ReplyDeleteCuya tak try lagi resipi KA.. macam best je nak cuba
tudiaaa sampai 4 tempat beli barang...tapi memang betul pun Cie..kadang ada je barang kita tu xde kat kedai pertama...kena pi kedai kedua dan seterusnya
ReplyDeleteCCL seminggu sekali mesti topup barang dapur .. lagi² kalau barang basah tu ..
ReplyDeleteCCL seminggu sekali mesti topup barang dapur .. lagi² kalau barang basah tu ..
ReplyDelete