Sepanjang Cie pakai iphone 8 plus dulu selama 5 hingga 6 tahun sejak 2017 hingga 2023, berkali-kali jatuh terhempas dari paras ketinggian pinggang ke lantai, jatuh terbalik terlungkup semua ada tapi tak pernah screen protector pecah atau ada scratch kat mana-mana.
Kali ni iphone 14 Cie tercalar sikit sebab terjatuh. Taktau macam mana keadaan jatuh tu. Sebelum Cie pengsan tu handphone kat tangan. Masa pengsan tu tak pasti keadaan handphone tu jatuh. Yang pasti ada la pecah sikit kat screen protector. Sikit je tapi tetap kena tukar.
Disebabkan Cie tak pernah tukar screen protector iphone jadinya Cie taktau pulak kat Machines atau Switch memang takde stok screen protector Iphone 14. Yang mereka ada stok untuk Iphone 16 yang terkini je. Beria la plan nak ke KL sebabnya nak pergi Machines atau Switch. Pekerja Machines tu suggest suruh pergi kedai gajet je.
Lah kalau tau camtu kat Lipis pun boleh je tukar kot screen protector tu. Alahai terpaksa la tukar kat kedai gajet je kat Sunway Velocity Mall kebetulan ke situ nak shopping. Nama kedai tu Gajeto terletak di Lot 4-80.
Kedai tu ada pelbagai jenis screen protector. Cie mintak yang tahan lasak. RM68 ada warranty seminggu. Cie pun on jela. Sekejap je dia tukar. Seller tu suruh simpan resit untuk warranty. Yang biasa ada RM28 dan beberapa harga lagi mengikut fungsi.
Harapnya berbaloi la dengan harga tu dan tahan lasak. Risau takut jatuh lagi dan retak pulak lagi. Dah la ada tercalar sikit. Apa boleh buat kan. Redha jela.
Moga lama bertahan SP baru ni.
ReplyDeleteTerguris jiwa bila barang yang kita sayang tercalar 🥲
ReplyDeleteSemoga tetap ok je tu nnt. akak lak anak2 belikan Iphone. dah tu tak tau apa2. semuanya depa siapkan screen protector la. belikan casing la. akak tau pakai je. hehehe.
ReplyDeleteaduhai retak hati kita tambah2 bila melibatkan fon.. moga tahan lama lah SP yg baru ni
ReplyDeleteOh ini agaknya antara tujuan Cie turun KL hari tu ye... Mudah-mudahan okay la SP tu... Resah hati bila something happened tu our handphone kan sbb skrg ni semuanya depends on the phone banyaknya
ReplyDeletesemoga tahan lasak yg nih...
ReplyDeletebila dh pecah screen protector mmg kena tukar baru la jwbnya...moga bertahan kalini....
ReplyDeleteAlamak mahal jgk tu...Sy hari tu pun kena tukar ..
ReplyDeletekak ana punya melintang dah crack Cie, biar je laa haha :)
ReplyDeletependeknya warranty dia...
ReplyDeletealamak....retak juga la hati tgk yer
ReplyDelete