Gotong Royong Dan Makan-Makan
Penat kursus semalam pun tak hilang lagi, hari ni dah gotong royong pindah stor makanan. Alkisahnya dah plan awal buat gotong royong pindah stor hari ni, dah tetapkan jadual staf dah pun. Tiba-tiba dapat surat kena pergi kursus 14 Mei. Back to back la penat 14-15 Mei. Bertabah jela.
Dah alang-alang hari ni ada semua staf pada asalnya terus la plan gotong royong dan makan-makan sempena menang tempat kedua deco jamuan raya hospital hari tu. Bos belanja dan sorang staf Cie ambil tempahan katering. Jemput la sekali unit lain yang combine dengan kami hari tu Unit Kejuruteraan, Unit Penyeliaan dan Unit Kesihatan Awam. Tiba-tiba 2 orang staf tak dapat hadir hari ni. Sorang MC sebab demam, sorang lagi kena hantar adik dia pergi TCA.
Stor asal stor produk enteral dijadikan stor pukal untuk beras dan telur je |
Seawal 8 pagi tadi Cie dan 3 orang lagi staf mulakan aktiviti gotong royong. Terlupa pulak nak ambil gambar wefie kami tadi. Busy sangat gotong royong pindah stor makanan. Stor makanan Cie ada 3 iaitu stor pukal, stor harian dan stor produk enteral. So nak ubah ketiga-tiga tu.
Stor asal stor harian dan dijadikan stor produk enteral |
Stor asal stor pukal dijadikan stor harian |
Stor pukal masuk ke stor produk enteral, stor produk enteral masuk ke stor harian dan stor harian masuk ke stor pukal. Sejak pindah ke bangunan baru sekitar 2017/2018, baru ni la kali pertama kami ubah layout plan. Stok dalam produk enteral tu makin bertambah tu yang kena pindah stor besar sikit. Produk stor pukal semakin berkurang, kena pindah stor kecil.
Bukan setakat pindahkan makanan, ada rak yang terpaksa dikeluarkan juga. Rak stainless steel dah la berat. Stok makanan pun banyak memang penat betul urusan pindah randah ni.
Selesai gotong royong baru la sesi makan-makan bermula. Bos tempah nasi beriani, ayam beriani, acar timun, papadom, sambal, roti jala dan kuah kari. Air pulak air sunquick mangga dan sirap bandung.
Dah elok bakar kalori pindah stor, tambah pulak kalori makan nasi beriani sepinggan dan 2 keping roti jala. Lunch time tak balik. Mandi dan solat kat changing room je. Lepas rehat sambung kerja office pulak. Gotong royong dah selesai.
Tepat 4.30 petang Cie balik sebab office takde aircond. 4 petang pihak konsesi buat pengujian genset so semua elektrik dan aircond cut off. Lampu kecemasan saja menyala dan plug yang warna merah atau kuning saja boleh guna. Selain tu tak boleh. Tu yang balik awal tak tahan duk dalam office takde aircond.
Balik rumah ingatkan nak masak. Terasa penat pulak. Maka nya kita makan luar jela malam ni. Adik Rania takde kelas tambahan KAFA. Lagipun nak ke kedai Eco jugak adik Rania request nak beli juga hadiah ustazah KAFA dia. Baru je hari tu bagi hadiah akhir tahun, ni dia nak bagi lagi. Layankan jela anak oi.
Bagus semuanya turun gotong royong. Jenuh juga tu angkat² beras. Balik rumah yang mudah² je... kalau penat makan luar je atau tapau.
BalasPadamBaik bos. Lepas penat gotong royong, bagi makan. :)
BalasPadamMZ hari2 penat lps balik keje so memang tak masak laaa..tapau memanjang
BalasPadam