Makan Tengahari Di Mikha Sup Station
Mulanya nak pergi beli barang dapur awal pagi tapi lepas kenyang sarapan roti canai macam malas pulak nak keluar. Lagipun tadi tanya adik Rania dia nak ikut jugak ke pergi beli barang dapur. Katanya nak ikut so tunggu la adik Rania balik kelas tambahan KAFA 10 pagi.
Sempat la ibu mengadap blog, blogwalking, scroll social media baca story netizen bertekak pasal isu gajah mati. Belum habis lagi rupanya. Baca komen tu rata-rata orang melayu Islam tapi bahasa semuanya alahai. Sedih baca komen betapa mudahnya kita mendapat dosa hanya kerana dengan menaip komen. Nauzubillahiminzalik.
Lepas adik Rania balik kelas 10 pagi kami semua bersiap untuk keluar. Cuaca redup je, awan pun dah gelap macam nak hujan. Tu yang malasnya nak keluar tapi sebab nak beli barang dapur kena la keluar jugak.
Kami beli barang dapur mingguan biasanya di BS Freshmart je. Selalu beli sayur dan lauk je kat situ. Kalau nak beli barang kering banyak kami akan beli barang di TF Value Mart. Biasanya lepas gaji la restock bahan kering stok sebulan gitu la.
Hari ni beli ayam, sotong, kangkung dan pelbagai jenis sayur untuk stok seminggu masak. Suruh husband beli ikan selayang nak buat ikan rebus tapi takde pulak. Cie beli juga meat ball, fries nanti rajin boleh la buat menu western.
Lepas beli barang dapur pergi kedai Eco pulak membeli jajan dan singgah Speedmart beli roti Gardenia. Plan nak buat roti sosej cheese.
Dah nak masuk tengahari maka nya terus la pergi makan tengahari di Mikha Sup Station. Mulanya adik Rania ajak makan kat You and Me Cafe. Cafe tu baru je berpindah ke lokasi baru. Sekalinya tutup pulak. Dah alang-alang lalu depan Mikha Sup Station terus la singgah di situ.
Mikha Sup Station ni ada pelbagai jenis menu juga selain dari menu sup tu. Sup daging, sup ayam, sup perut, sup keting.
Teringat pulak kedai sup kat Pasir Gudang Johor. Kat atas terminal bas tu ada 1 kedai makan yang jual pelbagai jenis sup. Tak pasti sekarang masih ada ke tak. Cie dulu belajar kat Politeknik Johor Bahru kat Jalan Kong Kong Pasir Gudang. Kami sanggup sewa kereta hujung minggu nak pergi makan sup atau naik prebet sapu. Zaman dulu belum ada grab.
Cie order nasi sup mikha special ada nasi putih, sup campur, telur dadar, timun dan sambal. Tak habis pun makan nasi tu. Separuh lagi Cie bagi husband makan. Sup pun banyak memang boleh share.
Adik Rania order mi sup ayam, kakak Raisha order kerabu maggi, husband order colek ayam dan tambah keropok lekor. Hari-hari makan keropok lekor.
Air pulak Cie order cincau, husband order sirap bandung, kakak Raisha sirap dan adik Rania air botol. Siap makan mengantuk pulak mata. Cuaca pulak redup dan mendung je ni memang mengundang kemengantukan.
Balik rumah singgah kat Mini Ria pulak beli telur. Kat BS tadi telur dah habis. Sampai rumah kemas barang beli tadi terus la berehat nak baring-baring sementara tunggu waktu Zohor. Perut dah kenyang.
Dekat SG pun mendung sepanjang hari...
BalasPadamDah kenyang perut, layan mata la pulak 😅
Cuaca kat sini kurang panas berbanding semalam. Melepak je kat rumah. Nampak keropok lekor tu ingat kalau rajin nak goreng kejap lagi.. ada yang frozen.
BalasPadamLepas shopping barang dapur, isi perut pula, Alhamdulillah. Saya pun tak buka fb, sebab cerita gajah tak habis lagi.
BalasPadamKeropok lekor tu kalau makan panas-panas sedap woooo....Salam kenal dari New Follower...jemput singgah di teratak yang tidak seberapa.
BalasPadam