Resipi Air Asam Perut Lembu
Perut lembu antara makanan kegemaran Cie. Terutama kerabu perut lembu atau air asam perut lembu. Cie selalunya beli perut lembu yang frozen je. Semalam beli kat TF seketul yang beku RM7.55 tak ingat pulak nak tengok berapa beratnya.
Balik rumah rendam dulu bagi cair ketulan ais. Kat label harga tu semalam ada tulis perut masak frozen. Tak faham jugak maksud masak tu apa. Perut yang putih dan ada macam tuala tu dia punya tekstur. Perut tuala la kot.
Bila google dan tanya chatgpt ada 4 jenis perut. Cie share yang chatgpt jela ye.
Jenis-jenis Perut Lembu
1. Perut Buku (Honeycomb Tripe)
Merupakan bahagian perut kedua lembu (retikulum). Permukaan bertekstur seperti sarang lebah atau berlubang-lubang. Paling popular dalam masakan kerana teksturnya lembut dan mudah menyerap kuah dengan baik. Sesuai untuk masakan kerabu, air asam, sup perut atau masak lemak.
2. Perut Halus (Smooth Tripe / Flat Tripe)
Merupakan bahagian perut pertama lembu (rumen). Permukaan perut ini rata dan licin. Kadang-kadang berlekuk halus. Teksturnya lebih liat berbanding perut buku tapi tetap sedap jika direbus lama. Sesuai untuk masakan kari, masak kicap serta sup.
3. Perut Tebal / Perut Kasar (Omasum / Bible Tripe)
Merupakan bahagian perut ketiga lembu (omasum). Cirinya berlapis-lapis nipis seperti helaian buku atau lipatan kain. Mempunyai tekstur yang unik dan sedikit kenyal. Sesuai untuk direbus lama dan dimasukkan dalam gulai atau sup.
4. Abomasum (Perut Keempat)
Jarang digunakan dalam masakan biasa. Tekstur lebih lembut dan berminyak. Kadang-kadang digunakan dalam masakan eksotik atau tradisi tertentu.
Apa pun jenis perut lembu yang ada Cie suka makan. Memang sedap perut lembu ni. Kita beli yang frozen jela susah nak jumpa yang fresh. Lagipun yang frozen ni dah dibersihkan tinggal rebus dan masak je.
Resipi Air Asam Perut Lembu
Bahan-bahan Air Asam Perut Lembu
Perut Lembu
Bawang besar holland potong dadu
Serai hiris nipis
Tomato potong dadu
Daun ketumbar
Sos ikan
Limau kasturi perah jus
Asam jawa (pes asam jawa) bancuh dengan sikit air panas
Garam dan gula
Cara Membuat Air Asam Perut Lembu
Perut lembu ni kena rebus dulu bagi lembut. Sebelum rebus Cie hiris dulu. Dah hiris masukkan dalam pot periuk noxxa. Masukkan air paras perut tu je tak perlu banyak.
Cie rebus guna periuk noxxa HP 30 minit. Rasanya kalau guna HP 20 minit pun ok je. 30 minit Cie buat ni terlalu lembut sangat. Sedap je. Terpulang la nak rebus tahap kelembutan tu adjust sendiri la ye.
Bila dah rebus perut tu toskan air rebusan. Ada orang dia guna semula air rebusan tu. Cie buang je tak guna. Sebab nanti air jus limau, sos ikan, air asam jawa dah buatkan air asam tu berkuah.
Cara membuat air asam perut lembu ni senang je. Gaul je semua bahan tu. Sesuaikan rasa. Ikut la nak pedas, masam, manis, masin adjust sendiri ikut selera tekak. Dah siap. Cie ratah je sebab banyak buat. Cie dan husband je makan. Anak-anak memang tak makan la.
Senang je nak buat. Kalau makan kat kedai pun Cie selalu juga order kerabu perut lembu. Kat Lipis ada kedai sup Mikha Sup Station kalau order sup campur mesti ada perut lembu. Sedap betul. Nak puas makan buat sendiri boleh ratah-ratah je.
my all time fav laaa!!!
BalasPadamYa Allah, ni memang sedap ratah² Cie.
BalasPadamSedap ni. Suami saya suka. Waktu bulan puasa, selalu cari. Puas hati, bila buat sendiri.
BalasPadamMy favourite too...
BalasPadamActually malam kami dinner dekat luar tu Akk nak order sup perut, tapi dah habis katanya huhu... Nmpk gaya ni nak kena cari perut jugalah :)
Tiap kali puasa mak akan buat menu perut lembu masak lemak. Sedapnyaaa.. setakat ni tak pernah cuba lagi perut lembu air asam. Nampak macam sedap.
BalasPadamSedap sangat nj Cie.
BalasPadam