Sarapan Lempeng Dan Cekodok

5/17/2025 09:28:00 PG
Hujung minggu Cie tak buat IF. Maka nya awal pagi dah kena prepare breakfast. Adik Rania ada kelas tambahan UPKK dan husband ada mesyuarat PIBG sekolah adik Rania. Minggu lepas mesyuarat PIBG sekolah kakak Raisha.

Setiap minggu beli makanan kedai je sampai dah taktau nak beli sarapan apa. Tengok kat dapur ada tepung gandum maka nya idea masak menu paling mudah untuk sarapan lempeng dan cekodok. Setengah jam dah siap.

Sarapan Lempeng Dan Cekodok

Buat lempeng sikit dapat 4 keping. Cukup la sekeping sorang. Lepas tu ada sikit lagi tepung gandum habiskan terus buat cekodok bilis dan bawang. Habis dah stok tepung gandum. Tepung yang wajib ada kat rumah. Senang nak guna ada stok. Beli barang dapur kang kena beli tepung gandum.

Sarapan Lempeng Dan Cekodok

Cekodok bilis tu Cie letak ikan bilis dan bawang besar je. Lepas tu letak serbuk kunyit sikit dan serbuk perasa. Cie bancuh dengan air suam nak bagi cekodok tu rangup di luar dan lembut di dalam. Kiranya kalau air 1 cawan pastikan 3/4 cawan adalah air panas dah 1/4 campur dengan air biasa. Sepupu Cie ajar masa pergi rumah dia hidang cekodok sedap rangup. Sejak tu memang Cie bancuh dengan air suam.

Sarapan Lempeng Dan Cekodok

Lempeng cicah dengan sambal hitam. Adik Rania makan lempeng cicah susu pekat. Kakak Raisha pulak makan lempeng cicah Nuttela. Lain-lain selera. Cekodok pulak cicah dengan sos thai dan mayonis. 

Sarapan Lempeng Dan Cekodok

Sarapan Lempeng Dan Cekodok

Sos thai brand Life beli sebotol besar pun cepat je habis. Sos cili tak laku sangat kalau ada sos thai. Cie pulak suka sos tomato berbanding sos cili. Cie sorang je makan sos tomato kat rumah ni. Dulu masa makan MCD suka letak sos tomato lepas tu campur dengan blackpepper yang dalam sachet tu. Zaman-zaman dulu ada MCD sediakan blackpepper tu untuk bubur nasi MCD tu. Cie makan sos tomato campur blackpepper cicah fries. Lama dah tak jejak MCD.

Simple jela menu sarapan lempeng dan cekodok je untuk pagi ni. Bila takde idea nak masak apa menu ni la paling mudah nak disediakan. Menu kedai pun dah jemu taktau nak beli apa. 

Pagi ni nak iron baju kerja seminggu. Ada yang kata rajinnya iron baju kerja seminggu. Nak iron hari-hari lagi malas dan buang masa. Dah alang-alang weekend takde buat apa iron jela untuk seminggu terus. Ada yang kata beli baju ironless je tak payah iron. Cie tak berapa berkenan baju ironless ada je sepasang jenis tebal tu bila pakai macam ikut body. Kalau beli size besar kang menggelebeh pulak.

Walaupun baju ironless, tudung kena iron jugak kan. Ke korang beli tudung ironless juga? Atas masing-masing la kan. Saya tak sama dengan awak dan awak pun tak sama dengan saya. Hihi. Yang pasti bila kita buat kerja rumah macam iron baju tu akan membakar kalori kita. So jangan malas ye boleh excercise sekali.

4 ulasan:

  1. Sedapnya lempeng...rindu plak lempeng PZ...kat rumah ni cuma PZ je pandai buat lempeng yg sedap

    BalasPadam
  2. Sedapnya lempeng, favorite sangat2 ni. Cekodok pun.

    BalasPadam
  3. Akk utk cicah² tak suka sos tomato, rasa masam di lidah ni. Tapi tetap ada sos tomato utk masak².

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.