Makan Tengahari di Mikha Sup Station

6/09/2025 04:24:00 PTG
Hari ni 9 Jun 2025 Cie masih bercuti. Sehari je sebab anak-anak pun masih cuti sekolah. Suami je dah kerja. Cie saja je ambil cuti Jumaat minggu lepas dan Isnin minggu ni. Takde ke mana pun saja berehat kat rumah je.

Semalam pun pagi je keluar beli barang dapur lepas tu takde ke mana-mana. Settle segala lauk pauk dan sayur, masak lunch, masak dinner. Tu jela aktiviti seharian semalam.

Aktiviti hari ni pulak memang duduk rumah je. Pagi tadi suami belikan sarapan untuk anak-anak sebelum keluar kerja. Roti sosej dan roti sardin je. Katanya takde kuih sangat kat gerai tu. Cie pun memang tak masak breakfast sebab taktau nak masak apa.

Habis anak-anak makan mereka tinggalkan roti sardin je 1 kat Cie. Cie pun biasanya tak makan sangat sarapan. Makan jela anak-anak dah tinggalkan lepas Cie iron baju kerja untuk minggu ni. Lepas siap iron baju kerja Cie berjalan atas walking pad 3km. Berjujuran peluh.

Anak-anak macam dah kelaparan padahal baru pukul 11 macam tu. Cie buka freezer ada fries goreng jela makan dengan anak-anak. Cie potong jambu letak asam boi. Plan nak keluar makan lewat sikit.

Sempat la Cie terlelap sekejap. Mengantuk betul mata macam kena gam. Tertidur la atas sofa. Macam kepenatan sangat hari ni padahal takde buat apa pun.

Pukul 2 lebih Cie keluar dengan anak-anak nak pergi makan. Kereta masih banyak hala ke KL dari Kelantan. Susah jugak la nak masuk simpang ke bandar bila kereta banyak. Pagi tadi pun suami nak ke KL pun terpaksa patah balik ikut jalan lain. Jem jugak ramai balik ke KL hari ni.

Cie plan nak makan tengahari di Che Ngah Cafe. Nasi goreng ayam nya tu sedap. Sekali sampai kaunter katanya menu nasi goreng semu dah habis. Tinggal menu bihun dan western je. Kami pun keluar la taknak la menu lain.

Terus ke Mikha Sup Station. Nasib baik buka. Makan tengahari di Mikha Sup Station jela. Walaupun dinner semalam dah makan sup. Takpela malas dah nak cari kedai lain.

Makan Tengahari di Mikha Sup Station

Cie order nasi air sup campur dan air botol sarsi. Dalam sup nasi air tu ada daging, ayam, urat keting, perut. Sedap Cie suka yang campur semua bahan ada. Jenuh habiskan semangkuk tu banyak jugak.

Makan Tengahari di Mikha Sup Station

Makan Tengahari di Mikha Sup Station

Adik Rania order mi sup ayam dan teh ais float. Ayamnya banyak bahagian isi. Memang tergolek jela isi ayam tu anak-anak jenis tak makan sangat isi ayam. Mereka lebih suka tulang ayam.

Makan Tengahari di Mikha Sup Station

Makan Tengahari di Mikha Sup Station

Kakak Raisha pulak order kerabu maggi dan teh o ais. Kakak Raisha ni memang jarang order air lain. Teh o ais tu jela selalunya order. Kerabu maggi tu pulak hari tu dah pernah order katanya sedap tu dia repeat order lagi.

Makan Tengahari di Mikha Sup Station

Makan Tengahari di Mikha Sup Station

Kami tambah juga keropok lekor sepinggan. Selalu kalau makan kat Mikha Sup Station ni memang order keropok lekor. Sedap keropok lekor cicah sos thai.

Makan Tengahari di Mikha Sup Station

Total semua makanan kami ni RM39.50. Siap makan terus balik rumah dah kenyang sangat-sangat dah. Keluar semata-mata nak makan tengahari di Mikha Sup Station je. 

Suami ada urusan kerja ke KL so kena la cari makan sendiri. Kalau Cie sorang memang tak makan pun takpe je tapi sebab ada anak-anak kena la keluar juga mencari makan. 

Makan Tengahari di Mikha Sup Station
Si sulong ibu kakak Raisha

Makan Tengahari di Mikha Sup Station
Adik Rania yang sentiasa nak duduk dekat ibu

Masa nak balik tadi banyak betul kereta hala ke KL dan dari KL pun banyak kereta. Jenuh nak masuk simpang rumah. Masing-masing baru nak balik agaknya esok sekolah dah buka selepas cuti seminggu.

Dah lama cuti mula la lemau nak masuk kerja esok ni. Dah mula rutin hantar anak sekolah dan ambil anak sekolah. Seminggu cuti tenang je pergi dan balik kerja takde rushing. Esok bermula la kembali ke rutin asal.

1 ulasan:

  1. Sup campur sepertinya sedap ya Mbak. Saya suka model sup seperti begini.
    Teh O es segar sekali diminum apalagi ketika udara siang terasa panas.
    Saya penasaran dengan air botol sarsi. Sejenis minuman apa Mbak?

    Salam,

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.