Mi Goreng Daging

6/14/2025 10:12:00 PTG
Hari ni sangat produktif dari pagi masak breakfast. Lepas tu tengahari masak lunch. Malam masak dinner mi goreng daging pulak. Memang takde membeli makanan hari ni. 

Mi Goreng Daging

Mulanya tadi macam malas nak masak dinner. Tapi bila fikir semula nak makan mana semua kedai macam dah jemu menu sama je. 6.30 petang terus rajin masuk kitchen masak.

Mi goreng daging yang simple je takde sayur. Cuma daging dan fish ball je ada. Tu pun tadi dah nyaris lupa nak letak fish ball.

Bahan mi goreng Cie pun simple je. Cie ketuk je bawang putih dan cincang sikit. Bawang besar Cie hiris. Panaskan minyak lepas tu tumis bawang sampai kekuningan. Cie masukkan daging dan air rebusan daging.

Daging tu Cie rebus tengahari tadi kononnya nak masak rendang. Tapi mood masak rendang hilang entah ke mana. Simpan jela dalam fridge. Esok la masak rendang pulak. Ambil sikit untuk masak mi goreng daging.

Cie letak kicap, sos tiram, sos tomato, sos cili. Bila dah mendidih terus masukkan mi. Kacau rata sampai mi masak. Lepas tu baru teringat eh fish ball tak kat dalam freezer. Cepat-cepat tutup api.

Mujur la tak membeku sangat lagi dalam freezer tu. Cie ambil 8 biji potong 3 setiap biji tu. Rendam dalam air kejap. Lepas tu toskan. Dalam kuali lain Cie panaskan minyak dan goreng fish ball tu sekejap sampai kekuningan. Lepas tu masuk je dalam kuali mi. 

Buka api semula dan kacau rata sampai sebati. Cie masukkan juga daun sup beku yang Cie dah basuh jadi lembik dah. Dalam mi goreng Cie tu takde sayur. Malas nak letak sayu sebabnya 2 beradik tu tak makan sayur. Jenuh nanti ibu pulak nak kena kutip sayur yang tak dimakan tu.

Senang cerita tak payah letak sayur. Kita hiris timun je buat ulam. Cili potong tak dilupakan. Dalam cili potong tu Cie letak kicap cair. Keropok goreng pagi tadi ada lagi boleh makan dengan mi goreng daging. Cie perah limau kasturi jugak baru la sedap.

Mi Goreng Daging

Bertambah-tambah anak-anak makan. Adik Rania tak usik langsung daging dia makan mi je. Daging tu sebenarnya daging kerbau jiran depan rumah ni bagi masa raya haji hari tu. Cie baru hiris dan rebus tadi. 

Daging kerbau ni bila rebus warnanya gelap sikit dari daging lembu. Rasa dia lain sikit. Tu agaknya adik Rania tak makan. Ibu dah tipu sunat dah cakap daging je. Dia tetap taknak makan juga. Kakak Raisha makan je. Adik Rania ni dia memilih sikit bab makan. 

6 ulasan:

  1. Wah...sama menu la malam ni...akak baru draft ni...

    BalasPadam
  2. sedap niiiii sy mmg suka mkn mi goreng lepas tu ada timun...laju je menambah hehehe

    BalasPadam
  3. Betullah, kadang dah jemu makan kat kedai menu diorder pun sama aje, masak sendiri lagi sedap.

    BalasPadam
  4. Eh sama la menu kita! Nanti Akk up entry gaksss hehe

    BalasPadam
  5. mee goreng dgn daging fav akak, letak telur mata dan cili cuka...perghhh

    BalasPadam
  6. sama lah dgn Bong, bab makan mmg tekak dia memilih sikit ehehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.