Cie nak umumkan satu pengumuman istimewa untuk semua pembaca dan followers blog ni bermula bulan ini (Ogos 2025), Cie akan beri hadiah kepada Top Komentator Bulanan!
Ini sebagai tanda penghargaan Cie kepada korang yang selalu singgah, baca dan luangkan masa untuk komen di setiap entri yang Cie kongsikan. Komentar korang bukan sekadar tulisan, tapi satu bentuk sokongan yang sangat Cie hargai.
Bagaimana Pemilihan Pemenang Dibuat?
Cie guna widget Top Komentator Bulanan yang akan kira komen bermula:
- 1hb hingga hari terakhir bulan tersebut.
- Penutupan: jam 8 malam pada hari terakhir bulan.
Kenapa 8 malam?
Sebab widget ni akan reset secara automatik setiap 1hb tengah malam. Jadi, untuk elak perubahan data, Cie akan screenshot senarai top komentator selepas pukul 8 malam dan sebelum 12 tengah malam pada hari terakhir setiap bulan.
![]() |
Contoh screenshot top komentator yang pemenang komen terbanyak berwarna kuning |
Cara Untuk Sertai? Mudah saja!
- Tinggalkan komen di mana-mana entri blog Cie sepanjang bulan semasa.
- Komen artikel lama pun boleh je asalkan komen pada bulan tersebut.
- Komen mestilah berkualiti, bukan spam atau sekadar emoji atau satu patah perkataan.
- Tak perlu daftar apa-apa — widget akan kira secara automatik berdasarkan nama pengguna.
Apa Hadiahnya?
Hadiah mungkin berbeza setiap bulan tapi semuanya akan ada nilai dan kejutan istimewa dari Cie. Takde spesifik hadiah apa Cie akan bagi bergantung kepada idea yang terlintas ketika itu. Yang penting, pemenang akan diumumkan setiap awal bulan berikutnya.
Kenapa Cie Buat Pencarian Top Komentator Ni?
Cie percaya blog bukan sekadar tempat menulis, tapi ruang untuk berkongsi dan berhubung dengan pembaca. Korang yang rajin komen ni sebenarnya bantu hidupkan blog ni. Jadi, tak salah kalau Cie raikan sokongan korang setiap bulan.
Cie berblog ni dah lama sejak 2009 menggunakan domain yang lain. Lepas tu tenggelam sekejap sebab lupa email dan password. Timbul semula pada tahun 2011 dengan domain yang baru dan mula menulis blog.
Kemudian tenggelam dan timbul lagi sehingga la penghujung Disember 2024 Cie decide untuk serius berblog semula memandangkan Cie dah tak buat apa-apa bisnes, dah tak aktif sangat di Facebook atau pun Instagram, jadi masa tu ada terluang.
So dari masa terluang dan masa terbuang begitu saja elok la Cie kembali bergiat menulis di blog. Komuniti blogger ni berbeza dengan social media yang lain. Nampak lebih positif.
Cie juga sangat adore dengan blogger Kak Suria Amanda dan Kak Amie yang memberikan hadiah kepada top komentator bagi menghargai rakan blogger yang rajin memberikan komen. Tu yang Cie nak follow mereka juga.
Ringkasan Penting:
- Hadiah untuk Top Komentator setiap bulan.
- Komen dikira dari 1hb hingga hari terakhir bulan.
- Penutupan komen: selepas 8 malam dan sebelum 12 tengah malam hari terakhir bulan.
- Cie akan screenshot senarai komentator.
- Pemenang akan diumum awal bulan berikutnya dalam 1 posting entry Top Komentator.
Jadi mulai sekarang, jangan segan-segan untuk komen ya! Mana tahu nama korang akan muncul sebagai Top Komentator Bulan Ini dan menerima hadiah dari Cie!
Terima kasih selalu support blog ni!
18 Ulasan
Wah chaiyok chaiyok semua. Wah lama juga tu jadi blogger apa pun sebenarnya nak kena istiqoma menulis. Menulis ni kadang terapi apabila orang lain komen kita jadi seronok pulak dan bersemangat nak menulis.
BalasPadamSemoga dengan pemberian hadiah ini akan dapat meningkatkan lagi silaturahim antara blogger.
BalasPadamAmmi pernah guna widget top komentator ni tp tak jadi. Infact archive section kat blog ammi pun mcm tak kira dgn betul
BalasPadamwaahh.. nak try jugak la.. ^^
BalasPadamWahhh menarik ni.jom kita berkomen beramai2🤩
BalasPadamNanti cie cara2 nak tepek widget tu..mz tak reti laaa
BalasPadammantap....ramai ramai komen ye
BalasPadambagus idea cie... 💖
BalasPadamJangan segan² utk komen tu maksudnya jangan malu² atau jangan malas², Cie? Hehehe.
BalasPadamSaya cuba...bukan pengomen tegar..saya suka membaca tapi nak komen tu lambat sikit...
BalasPadamWahhh..Best ni ...Suprise =)
BalasPadamWah menarik ...jom semua Readers kita support each others..
BalasPadamwah.makin meriah la ni...caiyok caiyok!
BalasPadamBagus idea ni ... Lebih banyak yang mengomen, lebih meriah kan 👍🏻
BalasPadamJom ramai-ramai komen :)
BalasPadamWah, mesti meriah kotak komen Cie lepas ni. Sama-samalah kita supports dan hargai sesama blogger. Ada rezeki lebih, kita kongsi.
BalasPadamall the best utk smua...support each others
BalasPadamJom kita sama-sama komen, lagi ramai lagi meriah.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.