Sarapan di Kedai Makan Caparella Kuala Lanar: Nasi Kerabu Dan Nasi Dagang Sedap

Kalau anda peminat makanan tradisional Melayu, terutama nasi kerabu dan nasi dagang, kunjungan ke Kedai Makan Caparella Kuala Lanar memang wajib masuk dalam senarai. 

Pandangan hadapan Kedai Makan Caparella Kuala Lanar

Terletak di kawasan kampung yang damai di Kampung Kuala Lanar, Kuala Lipis, Caparella bukan sekadar kedai makan biasa. Tempat ini pernah menjadi lokasi penggambaran untuk drama oleh kumpulan Sepahtu suatu ketika dahulu. Maka tidak hairanlah kalau Caparella punya daya tarikan tersendiri dari sudut makanan dan sejarahnya.

Semalam, Cie dan keluarga berpeluang bersarapan di sini. Pagi itu, suasana kampung sungguh mendamaikan. Redup, sejuk dan nyaman. Kedai ni terletak di tepi sungai. Sambil makan boleh nampak air sungai mengalir di bawah bukit tepi kedai.

Aliran sungai tenang di tepi Kedai Caparella Kuala Lanar dengan suasana kampung

Di dalam kedai, sudah ramai pelanggan walaupun masih awal. Meja hampir penuh, menandakan betapa tempat ini memang mendapat tempat di hati pelanggan setia. Kedai ni memang terkenal di Lipis cuma Cie baru pertama kali datang makan di situ.

Pilihan Menu Sarapan di Caparella


Sarapan pagi kami memang menyelerakan dengan pelbagai pilihan:

1. Nasi Kerabu Ayam

Hidangan ini datang dengan nasi kerabu berwarna biru. Ayam bakar berempahnya, cukup rasa. Ulam-ulaman segar, sambal kelapa, budu dan keropok ikan melengkapkan kombinasi ini. Siapa yang suka rasa autentik nasi kerabu Pantai Timur, pasti puas hati. Cuma sambal kelapa je tak letak sebab anak-anak tak makan. Menu nasi kerabu ayam pilihan anak-anak. Ulam pun Cie yang makan.

Nasi kerabu ayam dengan ulam, sambal kelapa dan ayam goreng berempah

Nasi kerabu ayam dengan ulam, sambal kelapa dan ayam goreng berempah


2. Nasi Kerabu Daging

Pilihan lain yang tak kurang hebat, daging bakar diperap dengan rempah kampung, dibakar sempurna dan dipotong nipis. Aromanya membuka selera. Bila digandingkan dengan nasi kerabu, gabungan rasa pedas, masam dan berempah memang padu! Ni husband punya makanan.

Nasi kerabu daging bakar bersama budu dan ulam-ulaman segar


3. Nasi Dagang Gulai Ayam

Nasi dagng ada pilihan sama ada gulai ayam atau gulai ikan tongkol. Nasi dagang dibuat daripada campuran beras wangi dan beras pulut, bertekstur lembut. Gulai ayam pula berkuah pekat, cukup rasa dan berlemak santan. Rasa rempahnya seimbang — sangat sesuai untuk sarapan tanpa rasa muak. Pilihan menu sarapan Cie. Pilihan Cie adalah gulai ayam. Tak suka ikan tongkol.

Nasi dagang lembut dengan gulai ayam pekat di Caparella Kuala Lanar


4. Sambal Paru

Antara pelengkap hidangan yang mencuri tumpuan ialah sambal paru. Paru dimasak garing, kemudian digaul dalam sambal merah yang pekat dan sedikit pedas manis. Teksturnya lembut di dalam tetapi rangup di luar. Rasa sambalnya meresap masuk ke dalam setiap hirisan paru. Menjadikan ia antara lauk paling cepat habis di meja jualan. Sesuai sangat digandingkan dengan nasi kerabu atau dimakan begitu sahaja. Husband cakap sambal paru mereka tu antara best seller. Patut la sedap.

Sambal paru pedas manis, lauk tambahan nasi kerabu Caparella


Minuman Tradisional yang Menyegarkan


Untuk melengkapkan hidangan:

Teh O Ais – Dihidang dalam gelas biasa, teh dengan gula secukup rasa. Pilihan anak-anak.

Kopi O Ais – air kopi nya sedikit manis dan rasa kopi nya nipis saja. Bagi peminat kopi no belum cukup kaw. Air pilihan Cie.

Air Suam – Pilihan sihat untuk yang mahu ‘neutral’ selepas makan. Ni husband la yang order.

Minuman sampai cepat, walaupun pelanggan ramai. Staff Caparella sangat cekap dan mesra.

Suasana Kampung yang Damai


Kedai Caparella ini dibina di tepi lereng bukit yang ada aliran sungai dibawahnya. Ramai pelanggan datang bukan sahaja untuk makan, tetapi untuk mengimbau suasana yang tenang di dalam kawasan kampung.

Pandangan hadapan Kedai Makan Caparella Kuala Lanar

Aliran sungai tenang di tepi Kedai Caparella Kuala Lanar dengan suasana kampung

Bahagian dalam kedai luas dan selesa. Pencahayaan semula jadi dan angin kampung buatkan suasana lebih santai. Tiada bunyi bising, hanya bunyi orang berbual perlahan.


Lokasi dan Akses Mudah


Kedai Makan Caparella terletak di Kuala Lanar, hanya sekitar 10 minit dari bandar Kuala Lipis. Jalan masuk mudah diakses, sesuai untuk mereka yang datang dengan kereta. Gunakan aplikasi Waze atau Google Maps untuk panduan tepat ke lokasi.

Boleh gunakan landmark Sekolah Kebangsaan Kuala Lanar. Simpang masuk ke Kedai Makan Caparella ni betul-betul berdepan dengan simpang sekolah tersebut. Kedai nya selepas jambatan kecil.

Tempat letak kereta disediakan di tepi jalan dan ruangnya cukup untuk pelanggan yang datang secara berkumpulan atau bersama keluarga.

Wajib Cuba Jika ke Kuala Lipis


Caparella Kuala Lanar bukan sekadar kedai makan. Ia adalah lokasi penuh nostalgia yang menghidangkan makanan sarapan Melayu asli. Gabungan nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak, pulut kuning dan layanan mesra menjadikan tempat ini destinasi yang patut anda kunjungi kalau berada di sekitar Kuala Lipis.

Pelbagai juadah sarapan seperti nasi kerabu ayam, nasi dagang gulai ayam dan lauk pauk di meja jualan Caparella

Kalau anda suka suasana kampung, makanan tradisional yang sedap dan pengalaman yang berbeza dari kedai makan moden, Caparella adalah pilihan terbaik.

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Sy mmg suka sarapan pagi camni.. sbb tu kalau ke semenanjung mmg suka carik port bekfes

    BalasPadam
  2. Seronok bersarapan di warung kampung, nostalgia. Akk pula kalau makan nasi dagang mesti nak regu dgn gulai ikan tongkol :)

    BalasPadam
  3. Bestnya lokasi dia, makanan pun sedap² ala² Pantai Timur. Lama tak makan nasi dagang, teringin la pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menu kelantan & terengganu. Dijual di Pahang. 😁

      Padam
  4. wahhh lama rasa nya Taufik tak makan Nasi Dagang...sedap nya

    BalasPadam
  5. Tengok gambar paling bawah, lauk-pauk berkuah tu nampak sedaplah pulak.

    BalasPadam
  6. Nasi dagang tu favourite kita.. dapat pulak mkn dgn ayam percik huhuu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum pernah makan nasi dagang dengan ayam percik. Selalu ayam gulai je.

      Padam
  7. Teringat masa beraya dekat rumah cikgu ni di Keningau dari tanah seberang..nasi kerabu first time makan ..sedap tau

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.