Tempat Ke-3: Kejohanan Badminton Tertutup Pergigian Lipis

27 September baru ni Klinik Pergigian Kuala Lipis tempat  Faiz kerja mengadakan Kejohanan Badminton Tertutup untuk tahun 2025. Klinik gigi Faiz ni memang buat setiap tahun. Untuk tahun ni mereka buat di dewan SMK Setia Wangsa.

Seawal 7.30 pagi Faiz dah gerak ke SMK Setia Wangsa. Cie tak pergi tengok. Adik Rania ada kelas tambahan UPKK kat sekolah KAFA. So taktau la kemeriahannya.

Pukul 2 Faiz balik bawak hamper, medal dan hadiah cabutan bertuah. Tahun ni rezeki tempat ke3 acara beregu. Faiz partner dengan staf Klinik Mela. Katanya partner buat undian so nasib la dapat partner dengan siapa pun.

Medal dan hamper kejohanan badminton

Tahun-tahun sebelum ni Faiz selalu dapat nombor 2. Tahun ni rezeki nombor 3 pulak. Ok la tu dapat hamper tu yang penting. Hihi.

Medal kejohanan badminton

hamper kejohanan badminton

hamper kejohanan badminton

Disebalik suami yang kepenatan melibat bulu tangkis, ada isteri yang gembira dapat hamper. Hahahah. Dapat barang dapur pulak tu so boleh la guna.

  • Air botol 100 plus
  • Biskut tiger
  • Biskut krim kraker
  • Biskut jacob’s
  • Koko crunch
  • Asam jawa
  • Susu pekat
  • Tepung serbaguna

Barang hamper kejohanan badminton


Cabutan bertuah pulak dapat:

  • Ubat gigi
  • Berus gigi
  • Shower gel
  • Sabun

Nombor cabutan bertuah kejohanan badminton

Hadiah cabutan bertuah kejohanan badminton

Semua barang kegunaan. So jimat la juga dapat hamper ni. Adik Rania awal-awal dah makan koko crunch tu dengan susu full cream ada dalam fridge. Dia memang suka makan koko crunch.





Catat Ulasan

4 Ulasan

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.