Seawal 7.30 pagi Faiz dah gerak ke SMK Setia Wangsa. Cie tak pergi tengok. Adik Rania ada kelas tambahan UPKK kat sekolah KAFA. So taktau la kemeriahannya.
Pukul 2 Faiz balik bawak hamper, medal dan hadiah cabutan bertuah. Tahun ni rezeki tempat ke3 acara beregu. Faiz partner dengan staf Klinik Mela. Katanya partner buat undian so nasib la dapat partner dengan siapa pun.
Tahun-tahun sebelum ni Faiz selalu dapat nombor 2. Tahun ni rezeki nombor 3 pulak. Ok la tu dapat hamper tu yang penting. Hihi.
Disebalik suami yang kepenatan melibat bulu tangkis, ada isteri yang gembira dapat hamper. Hahahah. Dapat barang dapur pulak tu so boleh la guna.
- Air botol 100 plus
- Biskut tiger
- Biskut krim kraker
- Biskut jacob’s
- Koko crunch
- Asam jawa
- Susu pekat
- Tepung serbaguna
Cabutan bertuah pulak dapat:
- Ubat gigi
- Berus gigi
- Shower gel
- Sabun
Semua barang kegunaan. So jimat la juga dapat hamper ni. Adik Rania awal-awal dah makan koko crunch tu dengan susu full cream ada dalam fridge. Dia memang suka makan koko crunch.
6 Ulasan
tahniah dpt no 3 main badminton..dpt lg cabutan bertuah syok tu
BalasPadamdapat stok makanan free ni yg paling best!
BalasPadamRezeki ni....alhamdulilah.
BalasPadamBest lah dpt hadiah mcm ni..Brguna =D
BalasPadamtak apa tempat ketiga janji ada hadiah best ;-)
BalasPadamLumayan hadiahnya tu tau..rezeki..tahniah.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.