So pagi ni masak jela apa yang ada. Sayur pun takde dah dalam fridge tu. Tinggal sebatang timun jepun je. Semalam tu Faiz tak cakap dia nak beli lauk. Cie duk busy kat event hospital. Kalau dia cakap boleh la suruh beli sayur. Ni semata ayam je dia beli. Ermmmm.
Pagi ni masak jela apa-apa tanpa sayur. Cie goreng suhun dan buat numee mee goreng gardenia tu. Beli masa karnival WI bulan lepas. Anak-anak tak makan suhun goreng tu yang buat 2 jenis.
Hambar la sikit suhun goreng tu takde apa-apa. Mujur ada daun ketumbar boleh la tabur-tabur. Letak isi ayam je. Numee tu takpe sebab memang gitu je kejadiannya cuma saja Cie tumis jugak dengan bawang dan letak isi ayam. Kalau versi malas kacau-kacau je dengan perencah yang disediakan.
Walaupun kelihatan hambar kita serikan la dengan telur mata, cili potong dan limau kasturi. Cuma tu la keropok goreng pun takde, timun pun lupa potong. Tak function otak pagi Ahad ni. Hahaha.
Nak ke mana pagi ni? Anak-anak ajak ke Dataran Orang Kaya Haji. Ada sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Pahang. Lipis jadi tuan rumah. Semalam dah busy kat event hospital jadinya tak dapat la jenguk kat padang tu ada apa. Tahun lepas sempat juga join fun run.
Event kat dataran tu start sejak Rabu ada food mania dan macam-macam program la. Malam tadi je sempat makan-makan kat Food Mania tu. Punya la ramai manusia. Kejap lagi la kita tengok apa yang ada.
8 Ulasan
Alhamdulillah. Sudah alas perut bolehlah meneruskan aktiviti hujung minggu.
BalasPadamSamalah kita, PI semalam pergi kedai tak bagi tahu, kalau tahu nak suruh beli telur, heheh. Agak² pergi ke event tu, Cie. Kesian anak² Cie, dorang dah ajak tu kenalah pergi, nanti risau ada yg merajuk, hahaha. Sedap nampaknya masakan Cie, dalam tak ada sayur tu banyak jugak yang siap untuk sarapan.
BalasPadamCukup karbo untuk sampai tengahari tu.
BalasPadamSedap tu makan... Sama macam ayah, kalau keluar bukan nak beli bahan2 lain. Disuruh baru nk beli haha
BalasPadamAlahmdulillah, sarapan pagi lumayan..sedap kelihatannya..
BalasPadamHari sukan negara bertukar jadi hari makan negara ðŸ¤
BalasPadamKak ana tak pandai nak goreng suhun tu Cie, tapi tengok orang masak kat tiktok macam sedap sangat. Kak ana risau kalau goreng di melekit jadinya, kena berguru dengan Cie ni dik : )
BalasPadamSimple tapi sedap.....makan dengan telur goreng pulak tu....
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.