Di Kelantan dan Terengganu dah mula banjir. Pahang bakal menyusul la negeri Pantai Timur. Belah utara pun dah mula banjir. Kat Thailand pun banjir dan ramai rakyat Malaysia terkandas di sana. Semoga baik-baik jela buat semua mangsa banjir.
Rumah Cie atas bukit memang tak kena banjir. Cuma terputus jalan jela nak ke mana-mana tak lepas kalau banjir kat Lipis. Macam banjir teruk tahun 2014, 2017, 2019, banjir 2021 sampai 2 kali setahun. Rasanya 2021 last banjir. Lama dah tak banjir ni.
Cie nak ke pejabat pun tak lepas. Duduk jela mereput kat rumah. Air banjir dah macam laut kat depan taman Cie. Kalau nak ke hospital kena naik bot. Masa banjir walaupun rumah tak kena, tetap juga takde bekalan elektrik sebabnya TNB shut down semua bekalan elektrik.
Guna handphone pun jimat-jimat je sebab risau habis bateri. Powerbank memang charge full la. Memang sunyi dan sepi jela rumah tak boleh nak on tv ke apa.
Biasanya hujan hari-hari selama 3 hingga 4 hari memang air akan naik dan mula banjir. Harapnya takdela banjir besar tahun ni. Hujung tahun memang tak boleh nak elak la dari musibah banjir ni. Semoga tidak buruk jela.
Hari ni seharian hujan on off, cuaca pun mendung je. Cie pun masak la tomyam ayam. Letak cendawan dan tomato je. Masak juga kangkung goreng belacan dan telur masin.
Makan nasi kuah banjir memang syahdu betul. Mulanya nak masak sup tapi sebab dah lama tak masak tomyam tu yang masak tomyam jela. Takdela lama cuma dah beberapa minggu kot tak masak tomyam. Dapat hirup kuah tomyam memang sedap.
Dah ada telur masin tu Cie tak buat dah telur dadar. Asalnya tadi rebus 2 biji telur masin. Sebiji dah tak elok kuning tu dah lebam. Buang jela. Tu yang tinggal sebiji je. Alhamdulillah kenyang dah dinner lepas Maghrib tadi.
Duk tengok berita banjir pulak ni.



0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.