Giveaway Kembali Aktive LMS x AMC

Cie join giveaway lagi ni anjuran littlemilyyshop. Kebetulan scroll reading list nampak ada rakan blogger join. Cie pun terus baca syarat yang ditetapkan. Banyak juga syaratnya tu. Jadinya slowly buat satu-satu. Cie follow semua dulu, baru la Cie buat entry.

Giveaway Kembali Aktive LMS x AMC

Teringat pulak dulu-dulu kalau buat giveaway buat syarat kena follow FB page, kena add friend Facebook, kena follow Instagram, follow blog tu memang wajib. Ada juga yang mengelat tak follow tapi join. Rindu zaman-zaman dulu tu buat giveaway sebab nak ramai kawan blogger. Baru la saling follow antara satu sama lain.

Untuk giveaway ni Cie fulfill semua syarat cuma Cie takde akaun TikTok. Jadinya tak dapat la follow TikTok. Yang social media lain Cie follow termasuk la Shopee. Nanti boleh jenguk-jenguk apa yang dijual.

Giveaway ini dibuat untuk comeback. Jadinya marilah kita sama-sama support memeriahkan dan follow each other. Nak meramaika rakan blogger. Cie sekarang pun dah banyak fokus blog saja. Kurang dah social media yang lain.

Tarikh tutup giveaway ini adalah pada 28 November 2025. Tiada masa dicatatkan mungkin sehingga 11.59 malam. Kalau ada masa terus je buat. Ianya mula dibuka pada 18 November yang lepas dah. Cie pun baru nampak rakan blogger join hari ni so cepat-cepat Cie join jugak.

Pemenang akan dipilih menggunakan Random.org. Ni pun lama dah Cie tak guna. Zaman dulu je Cie guna kalau nak pilih pemenang. Sekarang Cie guna Wheels Of Name. Banyak cara nak pilih pemenang ni. Baru la adil kan. 

Menang ke kalah tak penting pun bagi Cie. Yang penting dapat support rakan blogger, dapat tambah kenalan. Kalau menang tu bonus. Organizer pun happy bila ramai join.

Yang belum join lagi jom kita memeriahkan segment giveaway ni. Boleh klik poster tu ye kalau nak join.


Catat Ulasan

4 Ulasan

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.