Kuala Lumpur - Kuala Lipis (KL - KL) dah dekat sekarang ni. Sejak highway CSR tu dah siap dari Bentong ke Raub. Tunggu yang dari Raub ke Lipis tu siap lagi la dekat nak KL. Sekarang pun dah kurang 2 jam. Nanti dah siap agaknya 1 jam 30 minit je kot.
Bincang dengan anak-anak nak ke KL. Nak tengok wayang dah shopping baju. Nak cerita Rangga dan Cinta. Yang tu nanti Cie share entri lain.
Mulanya ke Melawati Mall. Singgah BO (Brands Outlet) Cie dapat 2 helai blouse. Sekarang memang suka beli kat BO banyak baju cantik brand Filanto dan Rope. Cie beli Filanto je 2 helai. Sehelai warna hijau dan sehelai lagi warna coklat. Rope takde yang menarik. Sehelai harga RM49.90 dan sehelai lagi RM39.90.
Masuk jugak butik lain tapi takde yang berkenan di hati. Pusing-pusing terus cari makan pulak. Nanti kat entri lain cerita bab makan pulak. Nak cerita bab shopping dulu.
Kakak Raisha nak kasut untuk PJ. Cie cakap cari kat Parkson jela sekali nak cari flat shoes nak pakai pergi kerja. Kat Melawati Mall takde Parkson. Cari yang terdekat area situ ada di Setapak Central Mall. Selepas makan di Melawati Mall, terus ke Ampang Point dulu tengok wayang dan akhir sekali baru ke Setapak Central Mall.
Cie suka beli flat shoes di Coloris. Kasut dia best dan selesa pakai pergi kerja. Termasuk yang Cie baru beli ni dah 6 pasang semuanya. Harga sama je dari dulu RM99 2 pasang. Selain dari Parkson, kat Sogo ada juga brand Coloris ni.
Kakak Raisha beli kasut nak PJ. Brand Lancaster Polo RM59. Paling murah dah tu. Kalau beli kat sport shop semua ratus-ratus je. Kalau atlit sukan takpe beli mahal-mahal. Ni takat bersukan waktu PJ je pakai jela yang murah-murah. Nanti kejap je dah kena beli baru.
Tu jela yang sempat shopping Sabtu hari tu. Shopping sikit, makan-makan, tengok wayang. Nak cari kasut jalan warna putih tak jumpa yang menarik. Cari kat Shopee jela nanti.
Settle semua hari Sabtu tu jam 9 lebih baru gerak dari KL, sampai Lipis pukul 11 lebih. Seharian berjalan isi masa cuti hujung minggu.

17 Ulasan
Untung juga Lipis-KL tak jauh. Boleh pergi shopping balik hari je. Sesekali jalan jauh sikit kan. Banyak juga dapat shopping tu.
BalasPadamEh..murah la brand colOris tu..macam nak kena usha juga ni
BalasPadamflat shoes mmg best..dpt plak 2 pasang tu not bad harganya
BalasPadamAah sejak lebuhraya Spine tu cepat dah perjalanan Lipis ke KL. Tak perlu masuk pekan Bentong dah kan..
BalasPadamBerpatutan harga kasut tu, RM99 dapat 2 pasang 👍🏻
BalasPadamSelamat menyopink
BalasPadamAkk pun suka beli blouse di BO MM tu. Ada juga cutting Muslimah; loose & panjang. Harga pun affordable je kan
BalasPadamsaya pun ramai sahabat-sahabat di raub dan lipis.. hari cuti biasa naik kl jalan2, shopping. jarak pun tak jauh..
BalasPadamSeronok skali skala drive jauh sikit utk shopping..Bila dpt brng yg kita mmg lagi la rase brbaloi pegi jauh sikit =D
BalasPadamOh tak jauh yaaa dr tempat kakak ke KL. Saya pikir jauh jugaaa.
BalasPadamBetuuuul tuh, kalau sekedar dipakai untuk olahraga biasa, sayapun malas nak cari yg mahal sangat 🤣. Kecuali kita atlet pro, barulah cari yg betul2 berkualitas, walau mahal.
Syoknya bershopping. Terasa lama tak shopping dgn ibu sejak ibu dah berusia kakinya ada arthritis.
BalasPadamRindu zaman shopping dgn ibu naik bas dulu2 . Hehe
Cantik flat shoes tu... kat rumah ni Kak Widad je suka kasut gitu. Akak kasut flat kalau pakai rasa pening. Tak tau ngapa.. macam pijak tanah je.
BalasPadamwah kalau dah siap orang pahang boleh jenjalan pi kl selalu ler ni
BalasPadamSetuju jenama coloris tu best..akak punya kasut kerja jenama tu la...
BalasPadamkira daytrip ajerlah yer! best tu dpt shopping brg2 yg memang aim nak dibeli
BalasPadamAlhamdulillah dapat kasut idaman hati..
BalasPadambest nya shopping
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.