26 Disember 2025 hari tu sempat singgah di Laman Tebu Aidil Sekinchan. Port last la kami singgah sebelum ke next destination.

Tempat ni bukan ladang tebu yang luas, tapi lebih kepada lokasi santai dengan hiasan pokok tebu di sekitar kawasan kafe, terletak di tepi aliran parit.



Suasana & Konsep Tebu Aidil

Tebu Aidil mempunyai konsep ringkas dan santai. Beberapa pokok tebu ditanam sebagai elemen hiasan, cukup untuk jadi latar bergambar tanpa nampak terlalu dibuat-buat. Suasana sekeliling tenang dengan aliran parit di tepi kawasan, buat tempat ni sesuai untuk singgah sekejap dan berehat.

Bukan tempat yang besar, tapi kemas dan tersusun. Sesuai untuk yang suka suasana kampung moden yang simple.


Port Bergambar Yang Sederhana

Walaupun ringkas, masih ada spot menarik untuk bergambar:
  • Pokok tebu sebagai latar hiasan
  • Sudut kafe dengan konsep terbuka
  • Pemandangan tepi parit yang tenang
Gambar yang diambil nampak natural macam kita berada di ladang tebu. Padahal sikit je pokok tebunya. Mujur masa kami sampai tu dah tengahari jadi tak ramai la orang bergambar.




Kafe & Makanan

Di sini juga ada kafe yang menyediakan makanan dan minuman, jadi boleh singgah bukan sekadar bergambar. Sesuai untuk rehat sekejap, makan ringan atau minum sambil menikmati suasana sekitar.

Kami singgah bergambar je 3 beranak, masih kenyang nak makan pun so taktau la menu apa yang disediakan. Faiz dah malas nak join kami bergambar. Tengah panas weh kami je sanggup nak buat kenangan.


Pengalaman Bergambar

Bagi Cie, Laman Tebu Aidil Sekinchan ni tempat singgah yang sederhana. Tak perlu expectation tinggi, tapi cukup untuk bergambar, makan dan berehat sekejap sebelum teruskan perjalanan sekitar Sekinchan.

Selepas bergambar kami terus ke masjid terdekat sebab Faiz nak solat Jumaat dan selepas selesai solat Jumaat kami bertiga pulak masuk untuk solat Zohor. Lepas selesai tu terus la bergerak ke Bangi pulak untuk next destination percutian.