26 Disember 2025 hari tu sempat singgah di Laman Tebu Aidil Sekinchan. Port last la kami singgah sebelum ke next destination.
Tempat ni bukan ladang tebu yang luas, tapi lebih kepada lokasi santai dengan hiasan pokok tebu di sekitar kawasan kafe, terletak di tepi aliran parit.
Suasana & Konsep Tebu Aidil
Tebu Aidil mempunyai konsep ringkas dan santai. Beberapa pokok tebu ditanam sebagai elemen hiasan, cukup untuk jadi latar bergambar tanpa nampak terlalu dibuat-buat. Suasana sekeliling tenang dengan aliran parit di tepi kawasan, buat tempat ni sesuai untuk singgah sekejap dan berehat.
Bukan tempat yang besar, tapi kemas dan tersusun. Sesuai untuk yang suka suasana kampung moden yang simple.
Port Bergambar Yang Sederhana
Walaupun ringkas, masih ada spot menarik untuk bergambar:
- Pokok tebu sebagai latar hiasan
- Sudut kafe dengan konsep terbuka
- Pemandangan tepi parit yang tenang
Gambar yang diambil nampak natural macam kita berada di ladang tebu. Padahal sikit je pokok tebunya. Mujur masa kami sampai tu dah tengahari jadi tak ramai la orang bergambar.
Kafe & Makanan
Di sini juga ada kafe yang menyediakan makanan dan minuman, jadi boleh singgah bukan sekadar bergambar. Sesuai untuk rehat sekejap, makan ringan atau minum sambil menikmati suasana sekitar.
Kami singgah bergambar je 3 beranak, masih kenyang nak makan pun so taktau la menu apa yang disediakan. Faiz dah malas nak join kami bergambar. Tengah panas weh kami je sanggup nak buat kenangan.
Pengalaman Bergambar
Bagi Cie, Laman Tebu Aidil Sekinchan ni tempat singgah yang sederhana. Tak perlu expectation tinggi, tapi cukup untuk bergambar, makan dan berehat sekejap sebelum teruskan perjalanan sekitar Sekinchan.
Selepas bergambar kami terus ke masjid terdekat sebab Faiz nak solat Jumaat dan selepas selesai solat Jumaat kami bertiga pulak masuk untuk solat Zohor. Lepas selesai tu terus la bergerak ke Bangi pulak untuk next destination percutian.




21 Ulasan
Tempatnya lebih untuk ambil gambar. Kiranya tempat itu bukan tempat pengeluaran hasil tebu.
BalasPadamGigih ya bergambar tengah panas.
Dah alang2 sampai kena la gigih.
PadamSini la tempat viral orang suka bergambar tu kan...okey masuk dalam wishlist
BalasPadamYe kak SA port cantik.
PadamHaaa..yang ni Linda tak pernah p lagi.. hihi.. yang baju dengan tudung hitam tu, adik ke kakak? Scroll banyak kali.. terkejut tengok, mcm takde kepala..
BalasPadamKakak. Biasa la ootd dak2 genz ni 🤣
PadamDatang jauh-jauh, mestilah ambil gambar kan, walaupun tengah panas. Takpe, lighting semulajadi yang bagus. 😊
BalasPadamYe Tot dah alang2 sampai panas pun dont care.
PadamViral tempat ni kan..
BalasPadamEntah la, kalau Akk pun rasanya duduk dlm keta je kot. Malas nak berpanas² :)
ye viral mesti kena singgah dah alang2 sampai.
PadamHebat ladang tebu ni..maknanya ada kilang proses tebu jadi gula di Malaysia
BalasPadamTempat ni bukan ladang tebu yang luas, tapi lebih kepada lokasi santai dengan hiasan pokok tebu di sekitar kawasan kafe, terletak di tepi aliran parit.
PadamOalaah, jadi hanya kecil saja yaa. Memang di foto macam luaaaas kebun tebu nya kak 😄😄. Pandai mereka buat utk prop foto
BalasPadamYe kalau tengok gambar memang orang akan cakap ladang tebu. Padahal sikit je sekadar hiasan.
PadamPernah sampai lepas PKP dulu... memang jadi tumpuan lah. Kami ambil gambar je tak masuk sebab ramai sangat orang.
BalasPadamkami tu tengah panas takdela orang pun.
PadamSelalu Sha lalu ja.. Sebab tiap kali lalu mesti ramai orang.. kikiki..
BalasPadamkena pi tengah panas macam kami takde orang. hihihh
PadamDulu ada plan nak ke sini tapi tak ada rezeki walau dah sampai sekinchan.. Cantik bergambar di sini..
BalasPadamPort ambil gambar kat sini cantik la.
BalasPadamport bergambar. teringin nak ke sana juga nanti. lawa viewnya
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.