Singgah Bergambar Di Tebu Aidil Sekinchan

26 Disember 2025 hari tu sempat singgah di Laman Tebu Aidil Sekinchan. Port last la kami singgah sebelum ke next destination.

Tempat ni bukan ladang tebu yang luas, tapi lebih kepada lokasi santai dengan hiasan pokok tebu di sekitar kawasan kafe, terletak di tepi aliran parit.



Suasana & Konsep Tebu Aidil

Tebu Aidil mempunyai konsep ringkas dan santai. Beberapa pokok tebu ditanam sebagai elemen hiasan, cukup untuk jadi latar bergambar tanpa nampak terlalu dibuat-buat. Suasana sekeliling tenang dengan aliran parit di tepi kawasan, buat tempat ni sesuai untuk singgah sekejap dan berehat.

Bukan tempat yang besar, tapi kemas dan tersusun. Sesuai untuk yang suka suasana kampung moden yang simple.


Port Bergambar Yang Sederhana

Walaupun ringkas, masih ada spot menarik untuk bergambar:
  • Pokok tebu sebagai latar hiasan
  • Sudut kafe dengan konsep terbuka
  • Pemandangan tepi parit yang tenang
Gambar yang diambil nampak natural macam kita berada di ladang tebu. Padahal sikit je pokok tebunya. Mujur masa kami sampai tu dah tengahari jadi tak ramai la orang bergambar.




Kafe & Makanan

Di sini juga ada kafe yang menyediakan makanan dan minuman, jadi boleh singgah bukan sekadar bergambar. Sesuai untuk rehat sekejap, makan ringan atau minum sambil menikmati suasana sekitar.

Kami singgah bergambar je 3 beranak, masih kenyang nak makan pun so taktau la menu apa yang disediakan. Faiz dah malas nak join kami bergambar. Tengah panas weh kami je sanggup nak buat kenangan.


Pengalaman Bergambar

Bagi Cie, Laman Tebu Aidil Sekinchan ni tempat singgah yang sederhana. Tak perlu expectation tinggi, tapi cukup untuk bergambar, makan dan berehat sekejap sebelum teruskan perjalanan sekitar Sekinchan.

Selepas bergambar kami terus ke masjid terdekat sebab Faiz nak solat Jumaat dan selepas selesai solat Jumaat kami bertiga pulak masuk untuk solat Zohor. Lepas selesai tu terus la bergerak ke Bangi pulak untuk next destination percutian.


Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. Tempatnya lebih untuk ambil gambar. Kiranya tempat itu bukan tempat pengeluaran hasil tebu.
    Gigih ya bergambar tengah panas.

    BalasPadam
  2. Sini la tempat viral orang suka bergambar tu kan...okey masuk dalam wishlist

    BalasPadam
  3. Haaa..yang ni Linda tak pernah p lagi.. hihi.. yang baju dengan tudung hitam tu, adik ke kakak? Scroll banyak kali.. terkejut tengok, mcm takde kepala..

    BalasPadam
  4. Datang jauh-jauh, mestilah ambil gambar kan, walaupun tengah panas. Takpe, lighting semulajadi yang bagus. 😊

    BalasPadam
  5. Viral tempat ni kan..
    Entah la, kalau Akk pun rasanya duduk dlm keta je kot. Malas nak berpanas² :)

    BalasPadam
  6. Hebat ladang tebu ni..maknanya ada kilang proses tebu jadi gula di Malaysia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tempat ni bukan ladang tebu yang luas, tapi lebih kepada lokasi santai dengan hiasan pokok tebu di sekitar kawasan kafe, terletak di tepi aliran parit.

      Padam
  7. Oalaah, jadi hanya kecil saja yaa. Memang di foto macam luaaaas kebun tebu nya kak 😄😄. Pandai mereka buat utk prop foto

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye kalau tengok gambar memang orang akan cakap ladang tebu. Padahal sikit je sekadar hiasan.

      Padam
  8. Pernah sampai lepas PKP dulu... memang jadi tumpuan lah. Kami ambil gambar je tak masuk sebab ramai sangat orang.

    BalasPadam
  9. Selalu Sha lalu ja.. Sebab tiap kali lalu mesti ramai orang.. kikiki..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena pi tengah panas macam kami takde orang. hihihh

      Padam
  10. Dulu ada plan nak ke sini tapi tak ada rezeki walau dah sampai sekinchan.. Cantik bergambar di sini..

    BalasPadam
  11. Port ambil gambar kat sini cantik la.

    BalasPadam
  12. port bergambar. teringin nak ke sana juga nanti. lawa viewnya

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.