Baru la berasap dapur Cie hari ni selepas 3 hari 2 malam bermusafir di bumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Pagi tadi beli barang dapur terus cakap kat Faiz belikan ikan untuk masak asam pedas.
Cie beli jugak telur masin. Pernah tengok kat kedai makan mereka buat set asam pedas mesti ada telur masin. Kita pun copy jela ala kedai kan tapi masak dan makan di rumah.
Asam Pedas Ikan Cie letak jugak bendi dan tomato ceri. Bahan penyeri untuk asam pedas. Daun kesum pun wajib jugak. Kalau takde daun kesum macam tak lengkap pulak masakan asam pedas kan. Bunga kantan pun penting jugak dalam masakan asam pedas, terlupa pulak nak beli. Takpela asam pedas tanpa bunga kantan pun sedap.
Untuk anak-anak tambahan ayam goreng berempah. Ni bahan seadanya jela. Cie blend bawang putih, bawang besar, serai. Lepas tu bahan sangai memang dah standby untuk mudah nak guna jintan manis, jintan putih dan ketumbar.
Campur je semua dan tambah jugak tepung serbaguna. Serbuk cili dan serbuk kunyit pun Cie letak jugak. Kalau nak guna tepung jagung pun boleh je. Saja je Cie letak tepung serbaguna tu.
Tak lengkap menu makan tengahari kalau takde timun dan sambal belacan. Sambal belacan pun stok sedia ada dalam fridge. Memang buat stok sambal senang nak makan.
Siap masak awal boleh la berehat pulak sambil marathon update blog cerita sepanjang percutian. Banyak lagi nak update ni. Nak mudah memang Cie akan schedule je post blog. Cie pun memang boleh kata 98% blogging guna handphone je. Anytime anywhere boleh blogging.
Lagi 2% tu in case kalau ada nak tukar template ke atau apa-apa yang tak boleh guna handphone baru la guna laptop. Begitulah cara Cie blogging.

1 Ulasan
sedapnya asam pedas . ganding pula telur asin. mantap
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.