Masak Asam Pedas Ikan

Hari tu buat pertama kali masak Asam Pedas Ayam tanpa menggunakan pes, hari ni Cie try masak Asam Pedas Ikan pulak. Alhamdulillah menjadi.

Asam pedas ikan

Baru la berasap dapur Cie hari ni selepas 3 hari 2 malam bermusafir di bumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Pagi tadi beli barang dapur terus cakap kat Faiz belikan ikan untuk masak asam pedas.

Cie beli jugak telur masin. Pernah tengok kat kedai makan mereka buat set asam pedas mesti ada telur masin. Kita pun copy jela ala kedai kan tapi masak dan makan di rumah. 

Asam Pedas Ikan Cie letak jugak bendi dan tomato ceri. Bahan penyeri untuk asam pedas. Daun kesum pun wajib jugak. Kalau takde daun kesum macam tak lengkap pulak masakan asam pedas kan. Bunga kantan pun penting jugak dalam masakan asam pedas, terlupa pulak nak beli. Takpela asam pedas tanpa bunga kantan pun sedap.

Untuk anak-anak tambahan ayam goreng berempah. Ni bahan seadanya jela. Cie blend bawang putih, bawang besar, serai. Lepas tu bahan sangai memang dah standby untuk mudah nak guna jintan manis, jintan putih dan ketumbar. 

Campur je semua dan tambah jugak tepung serbaguna. Serbuk cili dan serbuk kunyit pun Cie letak jugak. Kalau nak guna tepung jagung pun boleh je. Saja je Cie letak tepung serbaguna tu.

Tak lengkap menu makan tengahari kalau takde timun dan sambal belacan. Sambal belacan pun stok sedia ada dalam fridge. Memang buat stok sambal senang nak makan. 


Siap masak awal boleh la berehat pulak sambil marathon update blog cerita sepanjang percutian. Banyak lagi nak update ni. Nak mudah memang Cie akan schedule je post blog. Cie pun memang boleh kata 98% blogging guna handphone je. Anytime anywhere boleh blogging.

Lagi 2% tu in case kalau ada nak tukar template ke atau apa-apa yang tak boleh guna handphone baru la guna laptop. Begitulah cara Cie blogging.


Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. sedapnya asam pedas . ganding pula telur asin. mantap

    BalasPadam
  2. Telan ailio LZ tengok asam pedas Cie masak.. Al-maklum my favorite. Malam ni LZ masak asam pedas ikan siakap. Asam pedas kalau takde daun kesum tak kick! Tapi kalau ada bunga kantan sekali memang padu 😁..

    BalasPadam
  3. Kalau dah biasa masak..bila tak masak, rasa rindu nak masak..hihihi

    BalasPadam
  4. sedapnya asam pedas! MZ tak reti la nak masak menu ni....err kena letak tepung tu utk bg kuah pekat ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepung tu untuk ayam goreng berempah. Asam pedas tak letak tepung.

      Padam
  5. wahh..terbaik asam pedas dia..kita suka yang macam ni, pekat kuahnya.Bila gaul kat nasi, dia melekat kat nasi.adoii..telan air liur jelahh. haha..

    BalasPadam
  6. Aduhai...Dah lama x mkn asam pedas =q

    BalasPadam
  7. update blog guna phone, jadi gambar2 tu semua cie resize dan compress guna apps apa?

    pernah tengok kakak ipar masak asam pedas guna daun limau je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak resize & compress pun upload je yang raw tu. Malas nak edit2 dah 😄

      Padam
  8. Alhamdulilah sedap tu asam pedas. Cuya di rumah jarang masak asam pedas, nama je orang Melaka hehe

    BalasPadam
  9. Saya suka asam pedas tapi sebab saya sorang je yang suka asam pedas dalam rumah ni, jadi jarang2 masak. Memang kalau buat asam pedas gu dengan telur masin lebih berselera makan 😄

    BalasPadam
  10. Sukaaaaa asam pedas 😍😍😍😍. Buatan kakak kliatan pekat kuahnya, pasti sedaaap ❤️❤️. Pakai bendi pula. Memang wajiblah daun Kesum. Saya makan ini kalau sedang pulang ke rumah mama. Nak buat sendiri nantilah, soalnya yg suka hanya saya. Anak bungsu masih bisa dipaksa makan, tp suami dan si sulung susah sikit

    BalasPadam
  11. Tengok lauk² yang Cie masak ni, memang berselera makan. Asam pedas ikan ada sambal belacan dan telur masin. Dapnya! 😋

    BalasPadam
  12. Wahh menyelerakan ..ada asam pedas ..ayam goreng ...telur masin pun ada

    BalasPadam
  13. Akak dah lama x masak asam pedas la...kena masak ni...suami akak bukan reti nak minta kalau akak x masak...apa ada je dia makan..

    BalasPadam
  14. Sy tak pernah lagi makan asam pedas... pernah masak juga cuma tak pasti adakah rasanya sama mcm yg org buat... tgok resepi kat youtube ja

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.