Back To School 2026

12 Januari 2026 sesi persekolahan bermula. Tahun ni kakak Raisha dah Form 2 dan adik Rania darjah 6. So takdela sesi pendaftaran sekolah anak. 

Pagi tadi hantar kakak Raisha ke sekolah macam biasa. Drop kat depan sekolah. Nampak ada guru-guru dan polis menyambut anak-anak. Sempat la Cie snap gambar sambil nak gerak terus. Berderet lagi kereta kat belakang nak drop anak.


Adik Rania takdela gambar kat pintu masuk sekolah, babahnya hantar. Macam tu la orang lelaki kan. Kalau tak pesan takdela dia gigih nak ambil gambar anak. Guru kelas je ada ambil gambar share dalam group.


Balik sekolah tadi Cie ambil adik Rania. Penuh kereta depan sekolah. Jem jugak la hari Isnin semua balik 1.15 petang. Selasa hingga Khamis tahap 1 balik 12.30 pm so takdela banyak sangat kereta parking depan sekolah. Jumaat pun sama nanti jem la semua balik 12.15 pm. Selalunya Jumaat Faiz la ambil adik Rania.

Adik Rania dapat pensil. Katanya dia datang awal tadi jadi makcik guard jela yang tunggu kat gate dan bagi pensil. Cikgu sambut lambat sikit kat gate darjah 1 je katanya. Ada maskot jugak tadi. Sekolah adik Rania ada 3 gate.


Dapat jugak nametag PSS yang order sebelum habis sekolah 2025. Dah tahun terakhir baru sekolah nak buat nametag. Tak boleh isi nama penuh. Jadinya dia letak la nama Syafiyah sebab dalam kelas kawan-kawan panggil dia Syafiyah. Nama Rania ada jugak kawan sekelas dia. Tu yang kena panggil Syafiyah. 

Kakak Raisha pulak balik 1.30 sepanjang minggu ni. Babahnya ambil tadi. Katanya dapat pen masa cikgu sambut kat gate pagi tadi tapi dia bagi kat kawan. Dia taknak pen tu.

Takde apa cerita menarik la anak-anak pun dah besar. Masa anak-anak mula-mula bersekolah je banyak drama. Bila dah besar ni masing-masing dah pandai berdikari. 


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Terkejut sedikit nampak gambar, apapun kita hormati kita faham..good luck kepada semua pelajar yang kembali sekolah hari ini..belajar elok2 ya..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.