Back To School 2026

12 Januari 2026 sesi persekolahan bermula. Tahun ni kakak Raisha dah Form 2 dan adik Rania darjah 6. So takdela sesi pendaftaran sekolah anak. 

Pagi tadi hantar kakak Raisha ke sekolah macam biasa. Drop kat depan sekolah. Nampak ada guru-guru dan polis menyambut anak-anak. Sempat la Cie snap gambar sambil nak gerak terus. Berderet lagi kereta kat belakang nak drop anak.


Adik Rania takdela gambar kat pintu masuk sekolah, babahnya hantar. Macam tu la orang lelaki kan. Kalau tak pesan takdela dia gigih nak ambil gambar anak. Guru kelas je ada ambil gambar share dalam group.


Balik sekolah tadi Cie ambil adik Rania. Penuh kereta depan sekolah. Jem jugak la hari Isnin semua balik 1.15 petang. Selasa hingga Khamis tahap 1 balik 12.30 pm so takdela banyak sangat kereta parking depan sekolah. Jumaat pun sama nanti jem la semua balik 12.15 pm. Selalunya Jumaat Faiz la ambil adik Rania.

Adik Rania dapat pensil. Katanya dia datang awal tadi jadi makcik guard jela yang tunggu kat gate dan bagi pensil. Cikgu sambut lambat sikit kat gate darjah 1 je katanya. Ada maskot jugak tadi. Sekolah adik Rania ada 3 gate.


Dapat jugak nametag PSS yang order sebelum habis sekolah 2025. Dah tahun terakhir baru sekolah nak buat nametag. Tak boleh isi nama penuh. Jadinya dia letak la nama Syafiyah sebab dalam kelas kawan-kawan panggil dia Syafiyah. Nama Rania ada jugak kawan sekelas dia. Tu yang kena panggil Syafiyah. 

Kakak Raisha pulak balik 1.30 sepanjang minggu ni. Babahnya ambil tadi. Katanya dapat pen masa cikgu sambut kat gate pagi tadi tapi dia bagi kat kawan. Dia taknak pen tu.

Takde apa cerita menarik la anak-anak pun dah besar. Masa anak-anak mula-mula bersekolah je banyak drama. Bila dah besar ni masing-masing dah pandai berdikari. 


Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Terkejut sedikit nampak gambar, apapun kita hormati kita faham..good luck kepada semua pelajar yang kembali sekolah hari ini..belajar elok2 ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena tutup muka anak2 orang tak boleh post sesuka hati.

      Padam
  2. Kalau sekolah kat sini semua darjah dan tingkatan akn daftar walaupun cuma bayar yuran je.. hehehe.. selamat kembali ke sekolah anak².. baiknya mak guard bagi pensel

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh tak sama ye. sini takde daftar dah. beli buku je. mak guard tu mewakili cikgu2 la untuk bagi pensil.

      Padam
  3. seronok bila anak2 dh BTS heheh MZ tak sempat snap2 gmbr anak2 semlm sbb awal kuar rumah, gelap lagi!

    BalasPadam
  4. Mujurlah cikgu share gambar anak-anak. Ada jugalah tu kenangan di hari pertama sekolah.
    Akak tertunggu-tunggu juga picture Wafi... tapi takde nya lah nak dapat 😁

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah. Kalau anak dah biasa dengan suasana sekolah, senang jew nak lepaskan dari pintu kereta. Selamat belajar anak-anak Cie.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah semuanya ok ok tu =)

    BalasPadam
  7. Banyak juga kisah2 lucu anak- anak yang baru masuk sekolah especially tahun 1 dan tadika di media sosial..kelakar ada..sedih pun ada..mak pak sedih menangis pun ada..eh...macam- macam

    BalasPadam
  8. Bila dah besar dah tak banyak dramanya apa lagi budak perempuan. Cool je

    BalasPadam
  9. selamat kembali ke sekolah buat semua anak-anak :)

    BalasPadam
  10. Selamat kembali ke sekolah buat semua anak anak. Naniey anak first ni banyak la penyesuaian nak kena buat. Dulu Naura pergi PASTI je. Sekarang KAFA lepas tu SK pula. Dah la lain lain tempat. Penat sikit. Sesetengah sekolah je ada KAFA terus. SK Naura tu pun ada tapi dah full masa pendaftaran hari tu. Apapun selesai hari pertama. Nasib baik tak de drama apa.

    BalasPadam
  11. Kalau hari pertama masuk sekolah, memang lah padaaat jalanan kan 😅. Kadang harus pagi2 sangat supaya bisa sampai awal.

    Itu bagusnya kalau anak2 dah besar. Dah tak ada lagi drama2 masuk sekolah 😄😅

    BalasPadam
  12. Samalah first day sekolah jalan jem yang amat.. mesti ibu bape anak darjah satu dgn pra sekolah tu hahahah :D

    BalasPadam
  13. Bila start tahun baru persekolahan mesti jem teruk.. Mana-mana sekolah pun sama Cie. Pihak sekolah kena creative untuk tarik mood pelajar datang ke sekolah..

    BalasPadam
  14. selamat kembali ke sekolah utk smua anak2...kita dh berlalu zaman cuti time 1st day ank start sekolah

    BalasPadam
  15. Selamat kembali ke sekolah, anak-anak. Minggu ini perasan trafik ekstra sesak pagi-pagi buta. Belum pukul 7 pagi, jadi faham, semua nak hantar anak sekolah.

    BalasPadam
  16. Selamat kembali ke sekolah
    Alhamdulilah dah takde drama dah haha

    BalasPadam
  17. seronok tengok update ibu bapa masa 1st day of school anak2. anak buah saya masuk tahun 1. besar dahh

    BalasPadam
  18. anak dah besar mudah nak urus bab bersiap pergi sekolah kan cie

    BalasPadam
  19. Bila anak-anak dah besar ini memang mudahlah sikit nak urus..

    BalasPadam
  20. Seronok tengok gelagat bebudalcbaru masuk sekolah .. macam² gelagat ada ..ada yg happy ..ada yg sedih

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.